Syarikat barang kemas, Habib Jewels dan syarikat Les'Copaque telah melancarkan syiling emas edisi terhad, yang tertera dengan karakter animasi terkenal Malaysia, Upin dan Ipin, sempena kempen Habib's Merdeka Campaign #SokongLokal.
Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib berkata syiling emas yang ulung itu adalah sebahagian daripada inisiatif Habib #SokongLokal yang disasar memacu perniagaan tempatan di samping meningkatkan kemahiran tempatan dalam tempoh suasana persekitaran yang mencabar ini.
"Membeli barangan tempatan bukan sahaja akan menyelamatkan banyak pekerjaan dan perniagaan, tapi juga akan mendorong pertumbuhan ekonomi negara dan diharapkan menerusi kempen ini, pengguna akan mula membeli lebih banyak barangan tempatan," katanya di majlis pelancaran pameran Merdeka Jewelry Exhibition, pada Khamis.
Beliau berkata semasa syiling emas itu membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak kepada orang dewasa, ia juga boleh menjadi motivasi yang ideal bagi generasi muda untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan langkah berjimat cermat.
"Emas merupakan satu bentuk pelaburan yang amat baik kerana harganya meningkat dari semasa ke semasa, malah harganya telah menyaksikan kenaikan yang luar biasa lebih dari 30 peratus tahun ini," katanya.
"Dengan kedua-dua watak animasi itu menghiasi syiling emas Habib, syiling itu bukan sahaja menjadi barang yang berharga, tapi turut menjadi bahan koleksi yang amat bernilai," katanya.
Sementara itu Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata mereka amat bangga dengan kolaborasi semalam, dan melihat pandemik yang menghantui dunia ketika ini bagaikan satu "rahmat yang terselindung" kepada jenama tempatan.
"Malaysia memiliki banyak jenama yang baik, dan dengan kemunculan pandemik, rakyat kini benar-benar menyokong jenama tempatan,"katanya.
Syiling emas eksklusif Upin dan Ipin seberat 0.2 gram kini boleh dibeli dengan harga RM118 tiap satu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Habib Jewels dan LesCopaque melancarkan syiling emas edisi terhad yang tertera karakter Upin dan Ipin, sempena kempen Habibs Merdeka Campaign #SokongLokal di Putrajaya, 27 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
Industri kreatif digital Malaysia rekod eksport berjumlah RM1 bilion pada 2022 - Gobind Singh
Gobind berkata, negara memiliki lebih 300 studio yang terlibat dalam animasi, permainan, filem dan pelbagai aspek teknologi kreatif.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
Kerajaan teliti cadangan wajib tayang untuk animasi tempatan di saluran televisyen
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.
Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik, hiburan seisi keluarga
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.
Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.
Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan.