KUALA LUMPUR: Filem animasi Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan 23 Februari ini, bukan sahaja bakal menjadi naskah buat seisi keluarga tetapi juga membawa hiburan berkualiti setanding filem animasi lain.
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik, selain penambahan beberapa watak yang pastinya akan memikat hati penonton.
"Filem ini berbeza daripada siri televisyen dari segi tekstur, rigging, pemodelan, animasi, warna tema, dan aspek teknikal yang lain.
"Di samping itu, Didi & Friends The Movie menyertakan lagu-lagu baharu yang ditulis oleh pengarah muzik terkenal, dengan iringan pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), menjadikannya segar untuk penonton," kata Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.
Menariknya, semua watak baharu yang diperkenalkan mewakili pelbagai spesies haiwan terancam, termasuk harimau Malaya, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
Antara watak baharu termasuklah Torra, Nek Kura, Kapten Zee dan Tok Chip, dengan pembabitan bintang ternama seperti Datuk Awie, Amelia Henderson, Ruminah Sidek dan Waris sebagai artis suara.
Turut membuat penampilan ialah penyanyi Hael Husaini sebagai Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema berjudul Luar Biasa.
"Didi & Friends The Movie membuktikan industri animasi tempatan mampu bersaing di peringkat global. Ia juga bukanlah sebuah filem yang ditujukan untuk kumpulan umur tertentu tetapi boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
"Kami yakin penonton dewasa akan memasukkan Didi & Friends The Movie sebagai salah satu filem animasi kegemaran mereka," kata Naib Presiden, Ketua Perniagaan Astro Shaw dan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Jualan tiket Didi & Friends The Movie telah bermula pada 15 Februari di 155 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.
Selain itu, peminat juga boleh bertemu maskot Didi & Friends dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik semasa jelajah jalan Didi & Friends The Movie pada 24, 25, dan 26 Februari di pawagam terpilih di Utara dan Selatan; 3, 4 dan 5 Mac di pawagam di Pantai Timur dan di Lembah Klang pada 10,11 dan 12 Mac.
Astro Awani
Thu Feb 16 2023
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik, hiburan seisi keluarga
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.