PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka menjana hasil sebanyak RM206 juta setelah meluluskan permohonan 16 agensi dan syarikat untuk menyertai Program Visa Premium (PVIP) Malaysia dengan kelulusan kuota sebanyak 10,300.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua permohonan yang diterima sejak 1 Okt hingga semalam itu diluluskan oleh Jawatankuasa Pelulus Program PVIP di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau berkata, setiap agensi atau syarikat yang dilantik untuk mengendalikan program PVIP dikehendaki membuat bayaran deposit 10 peratus daripada Fi Penyertaan RM200,000 untuk setiap prinsipal.
"Oleh itu, dengan kelulusan kuota sebanyak 10,300 ini, kerajaan dijangka menjana hasil sebanyak RM206 juta. Deposit ini mesti dibayar oleh ejen dalam masa 30 hari setelah mendapat surat kelulusan daripada Jabatan Imigresen," katanya dalam kenyataan hari ini.
PVIP dilancarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 1 Sept lepas yang bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun.
Hamzah berkata, program berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan itu diperkenalkan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, menjana pendapatan negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.
Menurut Khairul Dzaimee, PVIP dilaksanakan secara berfasa supaya penilaian yang sewajarnya dapat dilaksanakan dengan fasa pertama hanya 20,000 kuota peserta yang layak akan dibuka.
"Selepas kuota ini dipenuhi, kadar fi penyertaan sebanyak RM200,000 bagi setiap prinsipal akan dikaji semula. PVIP adalah satu program berimpak tinggi bagi menarik pelabur-pelabur asing dan hartawan global," katanya.
Beliau berkata, ejen yang dilantik dan peserta perlu memenuhi syarat yang ketat sebelum kelulusan diberikan oleh Jawatankuasa Pelulus.
Antara syarat ketat itu adalah ejen atau syarikat yang dilantik hendaklah mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 juta dan berkeupayaan menjelaskan deposit sebanyak 10 peratus daripada jumlah kuota yang diluluskan.
Khairul Dzaimee berkata, bagi peserta pula, mereka hendaklah mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan dan membuat simpanan dalam akaun tetap di bank-bank tempatan sebanyak RM1 juta.
Katanya, senarai ejen yang telah dilantik akan dipamerkan dalam laman web dan media sosial Jabatan Imigresen bagi memudahkan peserta mengemukakan permohonan. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua permohonan yang diterima sejak 1 Okt hingga semalam itu diluluskan oleh Jawatankuasa Pelulus Program PVIP di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). - Gambar fail BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan dijangka jana RM206 juta hasil Program Visa Premium
Program Visa Premium bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun.

20,000 permohonan PVIP dalam tempoh 24 jam
Sebanyak 20,000 permohonan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi ejen dalam tempoh 24 jam pelancaran fasa pertama Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, Khamis lalu.