KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata pelaksanaan dan pelaporan amalan ESG oleh syarikat di Malaysia pada masa ini adalah bersifat sukarela dan digalakkan kepada semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia.
"Dalam kalangan PMKS pula, secara umumnya prestasi amalan ESG masih pada tahap yang rendah berikutan tahap pemahaman dan kepentingan ESG yang masih kurang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Hussin Ismail berhubung bilangan syarikat tempatan yang telah melaksanakan dan melaporkan inisiatif tadbir urus ESG sehingga kini.
Menurut Rafizi, Kementerian Ekonomi sebagai kementerian yang menjalankan pemantauan terhadap pelaksanaan ESG di Malaysia akan terus mempergiat usaha untuk menggalakkan penerimagunaan ESG dalam kalangan pemain industri.
Katanya tumpuan kerajaan hari ini adalah membangunkan ekosistem yang kondusif dalam memastikan pematuhan dan pengenalan elemen ESG dalam kalangan PMKS dapat dipercepat serta tidak membebankan.
"Kita perlu mengalakkan dan menyediakan insentif yang sewajarnya supaya PMKS boleh melaksanakan (pematuhan ESG) secara sukarela.
"Ekosistem ini akan meliputi aspek berkaitan dasar dan garis panduan yang jelas, standard yang bersesuaian, elemen pembiayaan dan insentif yang mencukupi serta peningkatan kesedaran dan pemahaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
![Kerajaan belum cadang laksana penguatkuasaan pematuhan ESG PMKS - Rafizi Kerajaan belum cadang laksana penguatkuasaan pematuhan ESG PMKS - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687756869_RafiziRamli.jpg)
Rafizi berkata pelaksanaan dan pelaporan amalan ESG oleh syarikat di Malaysia pada masa ini adalah bersifat sukarela dan digalakkan kepada semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia. - Gambar fail
![Harimau belang mati dilanggar kereta Harimau belang mati dilanggar kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720244791_harimau.jpg)
Harimau belang mati dilanggar kereta
Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.
![EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720239174_tbEnglandGarethSo.jpg)
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
![Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720243620_lawanarus.jpg)
Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.
PRK Sg Bakap: 31.84 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Sebanyak 31.84 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720243130_ZahidHamidi.jpg)
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Pola pengundian golongan muda dan warga emas seimbang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memberitahu hasil tinjauan SPR mendapati pola pengundian golongan muda dan warga emas dilihat adalah seimbang.
![YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236691_tbYouTube.jpg)
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
![Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720243231_tbMasoudPezeshkian.jpg)
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
![Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720242077_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh
Johan Jojo Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
![Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719567220_TBSunway.jpg)
Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.
![Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718962279_AnwarIbrahim.jpg)
Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan.
![Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718786049_tbESGNationalConfe.jpg)
Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun
Litigasi berkaitan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka akan terus meningkat pada tahun mendatang.
![Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717286955_FadillahYusof.jpg)
Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah
Fadillah berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
![Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715068680_khalednordinjpg.jpg)
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
![RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026 RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658330913_RHB.jpg)
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
![Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711585604_MyCEB.jpg)
Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.
![Malaysia perlu manfaatkan pelbagai sumber modal menerusi pelaburan hijau - MITI Malaysia perlu manfaatkan pelbagai sumber modal menerusi pelaburan hijau - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Malaysia perlu manfaatkan pelbagai sumber modal menerusi pelaburan hijau - MITI
Usaha peralihan tenaga perlukan pembiayaan besar, dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM1.2 trilion sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050.
![The Edge Malaysia ESG Awards 2023 rai 48 pemenang The Edge Malaysia ESG Awards 2023 rai 48 pemenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699329237_TheEdgeMalaysiaES.jpg)
The Edge Malaysia ESG Awards 2023 rai 48 pemenang
Sebanyak 63 anugerah disampaikan Nik Nazmi pada majlis makan malam gala yang dihadiri lebih 380 orang di Hilton Kuala Lumpur.
![AITF 2023: Literasi kelestarian dalam sektor PMKS wajar dipertingkat AITF 2023: Literasi kelestarian dalam sektor PMKS wajar dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698222841_TBAitfpelabur.jpg)
AITF 2023: Literasi kelestarian dalam sektor PMKS wajar dipertingkat
Pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu meningkatkan literasi terhadap kelestarian perniagaan mereka untuk terus bersaing secara kompetitif di pasaran antarabangsa.