PETALING JAYA: Kumpulan Sunway memeterai perjanjian dengan Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia (EUD) untuk jalinan strategik bagi memacu pelbagai inisiatif kemampanan bersama.
Kolaborasi antara konglomerat terkemuka Asia Tenggara dengan misi diplomatik blok perdagangan terbesar dunia ini menandakan satu pencapaian penting baharu dalam usaha dan komitmen kedua-dua entiti menuju masa depan karbon sifar bersih.
Ancaman sedia ada dan cabaran mendatang disebabkan perubahan iklim menuntut pelan dan tindakan yang bersepadu serta menyeluruh, memastikan setiap aspek yang terlibat berfungsi dengan cekap dan lancar.
Timbalan Ketua Misi Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Timo Goosmann pula memberitahu, EU berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Sunway dalam mempertingkatkan kesedaran terhadap amalan hijau di Malaysia.
“EU telah bekerja bersungguh-sungguh dalam memastikan kemampanan alam sekitar menjadi visi yang dikongsi bersama.
“Di Eropah, EU telah menerima pakai undang-undang iklim Eropah, yang menetapkan bahawa ekonomi dan masyarakat Eropah mesti menjadi neutral iklim menjelang 2050.”
Di Malaysia, EU bekerjasama rapat dengan pelbagai organisasi tempatan untuk menangani kesan perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar, antaranya termasuk menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar, perbandaran pintar dan amalan perniagaan mampan serta usaha berterusan meneroka peluang kolaborasi baharu.
Menurut Pengarah Eksekutif Pejabat Pengerusi Kumpulan Sunway Ong Pang Yen, kerjasama di antara Sunway dengan EU mencerminkan semangat dan komitmen dalam menyahut Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG), terutamanya Matlamat 17: Kerjasama Demi Matlamat.
“Kami berharap dapat bekerjasama dengan EU dan negara ahlinya untuk melakukan sebanyak yang mungkin dalam menjana kemajuan bermakna dan bermatlamat dalam pencapaian SDG di Malaysia, dan seluruh rantau ini.”
Ong dan Goosmann menandatangani Surat Niat untuk merasmikan kerjasama ini pada majlis tandatangan di Sunway City Kuala Lumpur, yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Digital dan Strategik Kumpulan Sunway Evan Cheah, serta Timbalan Ketua Misi Kedutaan Belgium di Malaysia Pierrick Massaux.
Sejak berikrar untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 tiga tahun yang lalu, Sunway telah menerapkan beberapa inisiatif pengurangan karbon.
Antaranya termasuk strategi penentuan harga karbon dalaman pada semua divisyen perniagaan Kumpulan Sunway, iaitu antara inisiatif pertama yang seumpamanya di benua Asia, serta program perkongsian pajakan hijau antara penyewa dan pemajak menerusi Amanah Pelaburan Hartanahnya.
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.
Pasukan pelbagai sektor yang terdiri daripada sektor swasta, masyarakat sivil dan institusi-institusi pendidikan akan bekerjasama membentuk pendekatan menyeluruh berteraskan data untuk menyelesaikan isu-isu kualiti hidup di Desa Mentari, sebuah skim perumahan awam di Subang Jaya yang didiami oleh hampir 30,000 penduduk.
“Selalunya kita menjalankan projek Tanggungjawab Sosial Korporat sekadar sekali jalan dan kita tidak dapat mengukur impaknya dengan baik kerana tidak melibatkan pengumpulan dan analisis data.
“Dengan data, kita akan dapat menambah baik metodologi intervensi untuk menghasilkan penyelesaian kepada masalah yang berlaku dalam komuniti terbabit.”
Tegas Ong, sebahagian besar tenaga dan sumber kini ditumpukan untuk memastikan pendedahan tentang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus difahami oleh semua.
Namun beliau juga percaya bahawa perlu ada keseriusan dalam mencari, mencipta dan menyediakan penyelesaian kepada masalah hari ini.
Lanjutnya, usaha menjayakan SDG bukanlah sesuatu yang mudah tatkala negara maju menyeru seluruh dunia untuk bersama dalam menjayakan agenda ini, maka mereka perlu lebih serius untuk membantu dan membimbing negara lain terutamanya yang masih membangun.
“Oleh itu, kita perlu melibatkan syarikat-syarikat dan delegasi EU untuk merapatkan jurang ini pada ketika ini, kerana usaha membiayai SDG dikenalpasti sebagai satu faktor kritikal jika kita mahu menggerak para pemimpin SDG.
“Syukur, terdapat banyak syarikat dan institusi yang berfikiran sama jadi kami tidak perlu bertindak bersendirian. Kita perlu berganding bahu untuk mencapai lebih banyak kejayaan bersama.”
Israr Khalid
Fri Jun 28 2024

Pengarah Eksekutif Pejabat Pengerusi Kumpulan Sunway Ong Pang Yen dan Timbalan Ketua Misi Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Timo Goosmann seusai memeterai perjanjian kerjasama Sunway-EU.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
AWANI Tonight: Retirement: Securing a better future beyond EPF dividend
The EPF's 6.3% dividend for 2024 brings relief to many, but Dr. Paul Anthony Maria Das of Taylor’s University warns that relying solely on EPF savings is no longer a sustainable strategy for long-term financial security.
AWANI Tonight: Overseas-born kids of M'sian mums eligible for citizenship
Children under 18, born overseas to Malaysian mothers, can now apply for Malaysian citizenship following a settlement between advocacy group Family Frontiers, six Malaysian mothers, and the government.
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Sunway Property umum pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu
Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group, mengumumkan pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu mereka.

ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.

Sunway bukti rakan kerjasama awam-swasta berdedikasi - Menteri Besar Perak
Sunway City Ipoh adalah contoh kerjasama awam swasta yang boleh mengubah sebuah kawasan menjadi bandar moden yang maju, sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan.

Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.

Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASLI 2023 terajui perbincangan masa depan kewangan
Persidangan menumpukan soal bagaimana sektor awam dan swasta dapat berganding bahu untuk membiaya kesemua 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB.

MAG di landasan tepat untuk kembali raih untung pada 2023
Malaysia Aviation Group (MAG) kini berada di landasan tepat untuk mencatat semula keuntungan pada tahun depan dan mencecah paras jualan tiket sebelum pra-pandemik seawal 2024.

Wanita lebih cenderung untuk dapatkan vaksin berbanding lelaki - Kajian
Kecenderungan yang lebih tinggi dalam kalangan wanita mungkin ada kaitan dengan sikap wanita yang lebih mementingkan kesihatan berbanding lelaki.

Pengajian tinggi di Malaysia berada di landasan betul - Noraini
IPT telah melaksanakan pembambahbaikan secara berterusan dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

COVID-19: Pusat beli belah Sunway catat peningkatan jualan 50 peratus
Jualan di pusat beli belah di bawah kumpulan Sunway mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding pengoperasiannya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BRT-Laluan Sunway, lembaran baharu sistem pengangkutan mesra alam
Sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) membuka lembaran baharu dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara.