TAPAH : Seekor harimau belang ditemukan mati akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 314, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara di sini pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Seekor harimau belang mati akibat dilanggar kereta jenis Nissan Juke di Kilometer 314, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara sekitar jam 5.45 pagi pada Sabtu.
  • Harimau belang jantan yang mati itu dianggarkan berusia empat tahun dengan berat sekitar 120 kilogram.
  • Karkas harimau tersebut akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk tindakan lanjut.


Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.

Karkas atau bangkai haiwan liar itu pula ditemui dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Harimau belang jantan itu dianggarkan berusia empat tahun dengan seberat 120 kilogram.

"Karkas harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk tindakan lanjut," katanya. -Sinar Harian