PETALING JAYA: Industri kejuruteraan boleh meningkatkan reputasi dan daya tahan untuk menyumbang kembali secara positif kepada masyarakat dan memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih saksama dan alam sekitar yang mampan melalui penerapan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
Beliau berkata di sebalik pembangunan pesat negara, negara masih bergelut dengan cabaran besar seperti pencemaran dan jurang sosioekonomi yang memerlukan campur tangan yang teliti.
"Ketika Malaysia meneruskan trajektori pertumbuhan pesatnya, ia perlu menghadapi isu mendesak seperti penebangan hutan dan aktiviti degradasi alam sekitar yang menjejaskan ekosistem dan komuniti.
"Selain itu, jurang kekayaan yang semakin melebar memburukkan lagi ketidaksamaan sosial, terutamanya yang menjejaskan kumpulan terpinggir seperti komuniti orang asli dan keluarga berpendapatan rendah," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-65 dan Anugerah 2024 Institusi Jurutera Malaysia (IEM) di sini, malam tadi.
"Oleh itu, sebagai respons kepada ketidakseimbangan ini, syarikat semakin mengutamakan inisiatif ESG dan mengiktiraf kepentingan untuk mengurangkan kesan alam sekitar, menyokong komuniti dan menegakkan piawaian tadbir urus etika.
"Pelabur juga lebih menekankan kriteria ESG apabila membuat keputusan pelaburan, didorong oleh keinginan untuk pulangan jangka panjang yang mampan," katanya.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan amalan ESG, melaksanakan peraturan dan inisiatif yang bertujuan untuk mengalakkan kemampanan merentas industri.
"Melalui amalan prinsip ke arah pembangunan mampan, Malaysia mengiktiraf pentingnya strategi berani dan berpandangan jauh untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap bahan api fosil sambil kami bergerak ke arah penyahkarbonan dengan matlamat utama sumber tenaga yang lebih bersih, lebih berpatutan, boleh dipercayai serta mampan.
"Tahun lalu, pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merupakan satu inisiatif penting yang bertujuan mencapai Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050 dan pelan hala tuju strategik ini bukan sahaja menggariskan komitmen negara kita terhadap masa depan yang mampan tetapi juga berfungsi sebagai rangka kerja asas dalam menyokong pematuhan piawaian ESG global," katanya.
Beliau mengakui bahawa ESG semakin mendapat tarikan di Malaysia, didorong oleh mandat kawal selia, jangkaan pelabur dan kesedaran yang semakin meningkat tentang kepentingannya untuk perniagaan dan masyarakat.
"Sesuatu yang amat menggembirakan melihat usaha IEM terhadap prinsip ESG dalam menegakkan standard etika yang tinggi, memupuk keterangkuman dan mempertimbangkan faktor sosial dan tadbir urus untuk projek kejuruteraan, dan ia seharusnya dipuji.
"Kita perlu sentiasa menyedari bahawa ESG sedang membentuk semula kejuruteraan ke arah yang lebih baik dan bukan sekadar menangani cabaran tetapi merebut peluang untuk melakukan inovasi, pertumbuhan dan impak positif kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
Fadillah menyampaikan Anugerah Jurutera Terbaik pada Majlis Makan Malam 65 Tahun IEM dan Malam Anugerah IEM 2024 di Petaling Jaya malam tadi. Turut hadir, Presiden IEM Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Liun (kanan). --fotoBERNAMA
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Kemenangan bukti sinergi berkesan kerajaan negeri dan pusat - Anwar
Anwar berkata kerjasama baik dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa impak dan berkesan.
Tumpuan Ahad – 29 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerjasama serantau amat penting bagi membuka potensi penuh tenaga ASEAN - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk membuka potensi tenaga ASEAN di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42.
PETRA komited transformasi sektor air sebagai hab dinamik ekonomi negara
PETRA memperkasakan tadbir urus air di semua peringkat untuk menjadikan bekalan air Malaysia sebagai hab dinamik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Banjir Kedah: Kerajaan jamin pegawai bertanggungjawab akan pantau lebih teliti - TPM Fadillah
Kerajaan akan beri tumpuan pada bantuan kepada mangsa-mangsa banjir serta merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa depan.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen penyaluran peruntukan pembangkang yang masih menjadi kontroversi.
TPM, jemaah menteri ucap Selamat Hari Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuhkan perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap generasi muda.
Kerajaan tunggu surat rasmi Pembangkang tolak draf MoU Peruntukan - Fadillah
Fadillah berkata setakat ini beliau hanya mengetahui berkenaan penolakan tersebut menerusi laporan media.