KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan satu standard kebangsaan untuk pertukaran bateri bagi membantu merancakkan pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) bagi motosikal elektrik, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata ia merangkumi aspek keselamatan dan fungsi, alam sekitar serta pengoperasian teknologi pertukaran bateri bagi memastikan teknologi yang dibangunkan dan diguna pakai selamat, seragam dan berkualiti serta mesra alam.
Menurutnya, pembangunan standard ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), serta pemain industri terutamanya pengeluar motosikal elektrik dan institusi pengajian tinggi.
"Ia mengambil kira standard sedia ada yang diguna pakai di peringkat antarabangsa seperti International Organization for Standardization (ISO), International Electrotechnical Commission (IEC) dan United Nations Regulation (UNR).
"Standard pertukaran bateri ini dijangka siap dan diwartakan pada tahun 2024," katanya ketika menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) di Dewan Rakyat, hari ini.
Liew berkata, NanoMalaysia Berhad (NMB) juga telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) dan bersetuju membentuk satu konsortium bagi merealisasikan matlamat penyeragaman teknologi Sistem Penyimpanan Bateri (BSS).
"Kerajaan sentiasa meneroka peluang untuk menjalin kerjasama strategik melibatkan penglibatan pemain industri EV dari mana-mana negara dan aspek berkaitan pertukaran bateri ini turut tidak dikecualikan.
"Kerajaan melalui Pasukan Petugas EV Kebangsaan dan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan akan terus komited dalam merangka dan melaksanakan program dan inisiatif bagi menggerakkan agenda pembangunan industri EV negara, yang turut merangkumi motosikal elektrik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Liew berkata ia merangkumi aspek keselamatan dan fungsi, alam sekitar serta pengoperasian teknologi pertukaran bateri bagi memastikan teknologi yang dibangunkan dan diguna pakai selamat, seragam dan berkualiti serta mesra alam. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik
Dengan persijilan SIRIM, kenderaan elektrik Chery disahkan hadir dengan bateri yang diyakini selamat serta melepasi kualiti tinggi.

Kerajaan bangun standard kebangsaan pertukaran bateri EV untuk motosikal elektrik - Liew
Kerajaan sedang membangunkan satu standard kebangsaan untuk pertukaran bateri bagi membantu merancakkan pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) bagi motosikal elektrik, kata Timbalan Menteri Pela