Kerajaan sedang mengkaji insentif bagi memudahkan pelancong asing masuk ke negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata antaranya termasuk pelaksanaan visa elektronik dan semakan semula pemberian visa kepada pelancong asing.
Beliau berkata, langkah itu bagi menangani penurunan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.
Kerajaan, katanya, memandang serius isu berkenaan susulan penurunan jumlah kemasukan pelancong asing sebanyak 8.6 peratus pada suku pertama 2015 berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Insentif akan dikaji semula termasuk isu berkaitan visa kedatangan pelancongan, kadar visa dan visa elektronik untuk memudahkan kemasukan pelancong ke negara ini.
"Lapangan terbang dan syarikat penerbangan juga perlu terlibat terhadap usaha meningkatkan penerbangan terus serta kesalinghubungan. Kedua-duanya terbukti memberi kesan langsung kepada peningkatan kemasukan pelancong." katanya ketika berucap pada Program Sejam Bersama Perdana Menteri anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di ibu negara, pada Khamis.
Menurut Najib, penurunan kemasukan pelancong asing bukan hanya dialami Malaysia, tetapi turut membabitkan negara lain di rantau ASEAN.
"Pastinya beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk tragedi penerbangan melibatkan Malaysia Airlines dan Air Asia pada 2014 selain beberapa lokasi pelancongan tempatan yang terjejas akibat banjir pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini.
"Ia juga turut dipengaruhi situasi ekonomi global yang meninggalkan kesan terhadap sektor pelancongan. Kita perlu sedar bahawa keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu meninggalkan kesan negatif bukan sahaja kepada Malaysia tetapi negara ASEAN lain," katanya.
Sementara itu, Presiden MATTA, Hamzah Rahmat berkata, peningkatan dalam kemasukan pelancongan susulan kejatuhan nilai ringgit masih belum ketara buat masa ini.
Katanya, hasilnya hanya akan dapat dilihat selepas beberapa bulan, namun ia juga bergantung kepada faktor nilai mata wang negara lain.
"Tidak bererti hari ini nilai ringgit jatuh dan esok orang berpusu-pusu masuk negara. Ia mengambil masa mungkin satu hingga dua bulan baru dan peningkatan kemasukan pelancong akan dapat dilihat.
"Ia juga terpulang dari negara mana, sama ada negara berkenaan mempunyai nilai mata wang lebih kukuh atau tidak kerana ketika ini bukan sahaja Malaysia yang menyaksikan kejatuhan nilai mata wang, perkara sama turut dialami negara-negara lain. Jadi kita kena lihat dulu." katanya ketika ditemui Astro Awani selepas majlis berkenaan, pada Khamis.
Terdahulu, Hamzah dalam ucapannya mencadangkan supaya kerajaan memperkenal visa elektronik atau 'e-visa' seperti mana diguna pakai di negara-negara seperti Australia.
Sistem itu, katanya, lebih cekap dan selamat dan pada masa sama dapat mengurangkan kerenah birokrasi sekaligus menjadikan ia lebih mudah untuk pelancong untuk mendapatkan visa dalam talian.
Tan Su Lin
Fri Aug 28 2015

Najib ketika berucap di Program Program Sejam Bersama Perdana Menteri anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Kuala Lumpur pada Khamis. - Gambar Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hamzah Rahmat dipilih semula Presiden FATA
Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA) hari ini memilih semula presiden Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Hamzah Rahmat sebagai Presiden FATA bagi penggal kedua.

Perhimpunan Bersih, Gerakan Baju Merah undang imej negatif
Penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah menjejaskan sektor pelancongan negara kerana ia memberikan imej negatif kepada pelancong luar yang berkunjung.

Tidak sesuai naikkan cukai lapangan terbang ketika ini - MATTA
Kenaikan caj perkhidmatan penumpang atau cukai lapangan terbang hanya akan menjejaskan kemasukan pelancong serta perjalanan domestik.

Netizen setuju cadangan beberapa penerbangan MAS beroperasi di klia2
Walaupun majoriti bersetuju, beberapa netizen tetap memilih KLIA kerana kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan bersih.

MATTA lancar laman web sendiri untuk pelancong buat tempahan
Datuk Hamzah Rahmat berkata laman web itu bertujuan untuk menangani saingan dari laman web pelancongan dalam talian yang lain seperti Expedia.

Tarik lebih pelancong, MATTA sambut baik insentif daripada kerajaan
MATTA berharap kerajaan dapat beri peruntukan kepada syarikat dan agensi pelancongan untuk mengadakan promosi di luar negara kerana kosnya yang sangat mahal.

Kerajaan bakal semak semula pemberian visa untuk tingkat pelancongan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata antaranya termasuk pelaksanaan visa elektronik dan semakan semula dan semakan semula pemberian visa kepada pelancong asing.

Sikap pemandu teksi, aspek keselamatan penting tarik pelancong ke KL
Sikap pemandu teksi dan aspek keselamatan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke ibu kota selepas tersenarai sebagai antara destinasi berpatutan untuk dikunjungi.

Pakej pelancongan domestik perlu dikecualikan cukai GST - Presiden MATTA
Presiden MATTA Hamzah Rahmat berharap cadangan pengecualian cukai terhadap pakej pelancongan domestik mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

Pameran Matta 2015 sasar jualan lebih RM135 juta
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2015 dijangka menarik lebih 85,000 pelawat untuk edisi semasanya.