Penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah menjejaskan sektor pelancongan negara kerana ia memberikan imej negatif kepada pelancong luar yang berkunjung.
Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Hamzah Rahmat berkata perhimpunan seumpama itu secara tidak langsung menimbulkan persepsi tidak baik kepada pelancong untuk kembali ke negara ini.
"Mengetahui keadaan ini (perhimpunan) tentunya pelancong rasa ragu-ragu untuk datang, ia merupakan satu kerugian kepada negara.
"Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana kedatangan pelancong menyumbang kepada ekonomi negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Turut bersetuju, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis yang berpendapat, perhimpunan itu akan memberikan persepsi negatif terhadap keamanan negara.
"Malaysia selama ini dianggap antara negara yang mesra dan aman, sebolehnya kita mahu pelancong bawa pulang kenangan manis apabila pulang ke negara asal bukan pengalaman melihat perhimpunan," katanya.
Ejen Pelancongan Mokhdzar Abdullah berpendapat ramai pelancong luar dan dalam negara akan mengelak daripada mengunjungi ibu kota atas faktor keselamatan.
"Penganjur perhimpunan menyasarkan tempat tarikan utama pelancong seperti Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, jadi pergerakan pelancong akan terbatas kerana berasa bimbang, kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku," katanya.
Sementara itu penjawat swasta Shahful Salleh, 31, berkata impak demonstrasi jalanan akan dirasai oleh semua warga kota disebabkan ramai yang terpaksa mengelak daripada keluar ke bandar sekaligus membatalkan urusan penting yang telah dirancang.
"Cuti hujung minggu sepatutnya dimanfaatkan untuk beriadah dan melakukan aktiviti yang tidak dapat dilakukan pada hari bekerja namun demonstrasi ini membuatkan orang terpaksa memilih duduk di rumah sahaja," katanya.
Pelancong Australia, Barry Conde, 70, berkata pergerakannya nanti agak terbatas kerana banyak jalan yang akan ditutup dan mesti sukar hendak dapatkan pengangkutan awam kerana demontrasi itu.
"Saya datang ke Malaysia setiap tahun untuk melawat keluarga saya dan membeli belah. Tetapi malangnya tahun ini saya datang pada waktu yang salah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016

Hamzah berkata perhimpunan seumpama itu secara tidak langsung menimbulkan persepsi tidak baik kepada pelancong untuk kembali ke negara ini. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kenapa Maria Chin tidak boleh 'disentuh'? - Syed Ali
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA perlu dilihat secara rasional dan tidak dibayangi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.

Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menggesa jentera parti bergerak terus ke hadapan dan menganggap tiada sebarang ancaman mahupun benda baharu dalam perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.

Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.

Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.

Bersih tetap diteruskan, solidariti buat Maria Chin dan empat pemimpin lain - Shahrul
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari memaklumkan, perhimpunan Bersih akan terus diadakan meskipun tindakan keras dikenakan.

Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.

'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Tiada penglibatan dalam perhimpunan itu malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri dan bahagian, kata MB Perak.

'Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah'
Beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.

Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis di kediamannya pada Sabtu malam berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 5.