Kenaikan caj perkhidmatan penumpang atau cukai lapangan terbang ketika ini hanya akan menjejaskan kemasukan pelancong serta perjalanan domestik.
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata kerajaan perlu mengkaji semula atau menangguhkan kadar baharu yang diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia kerana negara ini masih memerlukan lebih ramai pelancong, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.
"Kita berada di peringkat yang masih memerlukan lebih ramai pelancong untuk datang ke negara ini. Saya percaya ini bukan masa yang sesuai untuk menaikkan cukai itu kerana ekonomi tempatan masih tidak menentu, walaupun ia boleh menjadi lebih baik.
"Adakah kita perlu menaikkannya? Saya rasa inilah persoalannya. Jika kita sebenarnya tidak memerlukannya, kenapa perlu menyentuh hal ini," kata Presiden MATTA Datuk Hamzah Rahmat kepada pemberita selepas merasmikan Pesta MATTA Pulau Pinang di sini pada Jumaat.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kadar baharu bagi caj perkhidmatan penumpang yang lebih dikenali sebagai cukai lapangan terbang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan di semua lapangan terbang di negara ini.
Hamzah berkata ketika ini negara-negara jiran begitu agresif menarik lebih ramai pelancong ke negara masing-masing, dan beliau khuatir cukai baharu itu akan menjejaskan kedatangan pelawat ke Malaysia.
"Indonesia dan Thailand sudah jauh ke depan, kenapa kita perlu menjejaskan usaha kita ketika ini," katanya.
Sementara itu, Hamzah berharap Pesta MATTA Pulau Pinang mampu mencapai sasaran jualan antara RM15 juta dan RM30 juta, sama seperti Pesta MATTA di negeri lain.
"Kami sebenarnya tidak mempunyai sasaran jualan kali ini. Sejak permulaan kami sering menyasarkan sasaran terendah terlebih dahulu kerana tidak mahu terlalu bercita-cita tinggi," katanya.
Pesta yang menampilkan 118 gerai daripada 41 agensi yang mengambil bahagian akan bermula dari hari ini sehingga Ahad ini.
Ia kembali diadakan semula di negeri ini selepas tiga tahun dan menawarkan pelbagai pakej pelancongan domestik dan antarabangsa termasuk umrah.
Bernama
Fri Sep 23 2016

Kenaikan caj perkhidmatan penumpang atau cukai lapangan terbang hanya akan menjejaskan kemasukan pelancong serta perjalanan domestik.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Saham MAHB tinggi susulan jangkaan pengumuman PSC baharu
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal hari ini.

Kadar PSC antarabangsa di klia2, lapangan terbang lain turun
Beliau berkata kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.

AirAsia akan kemuka rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi
AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak Permohonan Pembatalan oleh AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd berkaitan pembayaran PSC.

MAHB, kami tidak akan bersekongkol dalam skim bebankan rakyat - AirAsia
Prestasi MAHB yang lebih baik ini adalah atas sebab dominasi struktur dan menggambarkan MAHB sebagai satu struktur monopoli.

AirAsia gesa MAVCOM laksana PSC bagi lapangan terbang tertentu lebih cepat
Tan Sri Tony Fernandes berkata proses pengiraan tersebut, yang akan mencerminkan kemudahan yang terdapat di lapangan terbang masing-masing, boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.

MAHB lancar portal bil untuk pelanggan, pembekal dan rakan perniagaan
Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata portal tersebut akan membolehkan proses kewangan yang lebih cekap dan telus.

Malaysia Airlines sambut baik perubahan caj lapangan terbang
Awal tahun depan, caj lapangan terbang Kuala Lumpur akan menjadi sama untuk penerbangan domestik dan ASEAN dan pihak berkuasa merancang untuk penyamaan sepenuhnya menjelang 1 Januari 2018.