Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan lapangan terbang lain kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikurangkan kepada RM50 daripada RM73 bermula 1 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.
Loke berkata kadar PSC di KLIA juga kekal iaitu RM73 bagi penerbangan antarabangsa, ASEAN (RM35) dan domestik (RM11), memandangkan ia adalah lapangan terbang premium.
"Bagi penumpang-penumpang yang telah membuat pembayaran PSC dan akan membuat penerbangan mulai tarikh (1 Oktober), tuntutan bayaran balik boleh dibuat daripada syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan-lapangan terbang seluruh negara," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
BACA: Salah kenakan PSC yang sama di KLIA, KLIA2 - AirAsia
BACA: AirAsia cabar Mavcom berhubung perkhidmatan di klia2, PSC
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia sebelum ini melancarkan petisyen bagi membantah caj tambahan sebanyak RM23 untuk penumpang yang melakukan perjalanan ke destinasi bukan ASEAN daripada RM50 kepada RM73 seorang.
AirAsia dalam petisyen berkenaan berkata pihaknya membantah caj yang dikenakan berikutan klia2 direka dan dikendalikan sebagai terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) dan penumpang tidak perlu membayar PSC yang sama seperti di terminal KLIA yang lebih lengkap dan mewah.
Loke berkata Kabinet yang bermesyuarat semalam membuat keputusan menurunkan kadar PSC itu bagi mengimbangi pengenaan levi pelepasan yang dijangka dikuatkuasakan pada 1 September ini kepada penumpang yang berlepas dari Malaysia serta menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan negara.
"Kita mendengar banyak pandangan khususnya daripada syarikat penerbangan dan industri pelancongan bagaimana kerajaan dapat membantu untuk mengimbangi pengenaan cukai ini (levi pelepasan)," katanya.
BACA: MAHB perjelas saman PSC
BACA: AirAsia 'berperang' dengan MAHB, kali ini tentang cukai PSC tertunggak
Dalam pada itu, Loke berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan menjalankan kajian bagi menentukan kadar PSC di semua lapangan terbang mengikut kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada penumpang berbanding kadar rata bagi semua lapangan terbang yang dilaksanakan ketika ini.
"Kami melihat situasi yang mana akan ada kadar berbeza untuk berlainan lapangan terbang berdasarkan kemudahan disediakan di lapangan terbang itu.
"Ia akan memberi rangka kerja kepada operator lapangan terbang untuk mengenakan caj berbeza dan kami akan melihat caj itu berdasarkan pelaburan yang mereka lakukan," katanya.
Loke berkata kerajaan pada masa sama akan terus menerokai beberapa model kewangan seperti pengenaan Regulated Assets Based (RAB) serta model-model pembiayaan yang lain dari semasa ke semasa bagi pembiayaan projek-projek pembangunan lapangan terbang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 30 2019

Loke menunjukkan senarai barangan yang mendapat pengecualian syarat lesen, permit, lesen import pada sidang media hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaafar (kiri). --fotoBERNAMA

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.