KUALA LUMPUR: Kerajaan mengamalkan prinsip hak asasi manusia berdasarkan pendirian negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerusi Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) dan bukan hanya berprinsipkan negara Barat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan berpendirian bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam menangani isu-isu hak asasi manusia.
"Islam telah mengangkat martabat manusia dengan melarang diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak, mengajak umat mencintai ilmu dan pendidikan serta mewajibkan pemerintah untuk memberikan hak dan keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat seperti kebajikan dan keamanan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, terdapat beberapa Ahli Parlimen membangkitkan tentang konsep hak asasi manusia berpandukan Barat dan konsep yang berasaskan Islam, selain mengesyorkan agar konsep hak asasi manusia yang diguna pakai kini diteliti semula.
Selain itu, Mohd Na'im berkata bagi membentuk kefahaman yang baik mengenai hak asasi manusia daripada perspektif Islam, kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan seminar dan Konvensyen Hak Asasi Manusia daripada Perpektif Islam.
Katanya, program tersebut akan diteruskan bagi memberi kefahaman yang jelas mengenai perkara itu, sementara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) turut menerapkan kefahaman Islam mengenai hak asasi manusia dalam khutbah Jumaat.
Menyentuh mengenai pendidikan agama Islam kepada masyarakat Orang Asli, beliau berkata seramai 232 Penggerak Masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia tidak dapat menampung perkhidmatan yang perlu diberikan di semua kampung komuniti itu yang jumlahnya menghampiri 700.
"Ini menyebabkan kelas-kelas pengajian yang dirancang kadangkala tidak dapat dilaksanakan. Selain daripada mengajar, Penggerak Masyarakat Orang Asli turut dibebankan dengan tugas membantu Orang Asli berkaitan hal ehwal kebajikan Muslim. Ini juga mampu menyebabkan jadual kelas dirancang terganggu," katanya.
Beliau memaklumkan kelas pengajian fardu ain secara tidak formal turut diadakan di surau atau dewan sebanyak dua kali seminggu, selain ziarah dari rumah ke rumah serta bimbingan ibadah, dalam usaha memperkasa pengetahuan dan pemahaman agama Islam dalam kalangan masyarakat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
![Kerajaan amal hak asasi manusia berdasarkan negara OIC - Mohd Na'im Kerajaan amal hak asasi manusia berdasarkan negara OIC - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-07/61469196327_MohdNaimMokhtar.jpg)
Mohd Na'im berkata kerajaan berpendirian bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam menangani isu-isu hak asasi manusia. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
![Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738420504_TBrefugees.jpg)
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
![Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733761387_ASEANflag.jpg)
Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis
Malaysia perlu mencadangkan langkah lebih tegas dalam menangani isu hak asasi manusia yang berlaku di peringkat negara-negara anggota ASEAN.
![Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733908351_TBGaza.jpg)
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
![Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733810800_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina
NAP-BHR akan dilancarkan Januari tahun depan, menandakan kemajuan signifikan ke arah integrasi pertimbangan hak asasi manusia dalam amalan perniagaan negara.
![Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731145003_ProfEmeritusDatuk.jpg)
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
![71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB 71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731077993_sudanpelarian.jpg)
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah
Turk merayu semua Negara bertindak tegas mencegah konflik yang lebih luas di Timur Tengah dengan akibat yang berpotensi memusnahkan orang awam.
![Sabah harap pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah disokong semua Ahli Parlimen Sabah harap pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah disokong semua Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725535773_tbhajiji.jpg)
Sabah harap pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah disokong semua Ahli Parlimen
Kerajaan Sabah berharap bacaan kali kedua RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 bulan depan (Oktober) mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen.