Ringkasan AI
- Langkah Tegas Malaysia: Malaysia perlu mencadangkan langkah yang lebih tegas dalam menangani isu hak asasi manusia di peringkat ASEAN, mengatasi prinsip tidak campur tangan yang sering digunakan.
- Semangat Perpaduan ASEAN: Negara-negara anggota ASEAN perlu mengenepikan pendirian politik masing-masing dan bersua di meja rundingan dengan keterbukaan berdasarkan semangat Piagam ASEAN.
- Isu Rentas Sempadan: Isu hak asasi manusia bersifat rentas sempadan dan memberi kesan kepada negara-negara jiran, memerlukan pendekatan bersama dan kesepakatan dalam menyelesaikannya.
Profesor Madya Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Khoo Ying Hooi berkata isu-isu yang berbangkit ini tidak hanya memberi kesan kepada negara individu sebaliknya bersifat rentas sempadan sehingga menjejaskan negara-negara jiran.
“Sekiranya kita bicara tentang keserantauan, sepatutnya semangat perpaduan mesti ada dalam menangani pelbagai isu. Contohnya, isu hak asasi manusia yang tidak hanya melanda satu negara, sebaliknya rentas sempadan.
“Negara-negara ASEAN biasanya menggunakan alasan prinsip tidak campur tangan. Oleh itu, saya harapkan Malaysia boleh ambil langkah berbeza dan lebih berani,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis
Tambah Ying Hooi, negara-negara anggota ASEAN perlu mengenepikan pendirian politik masing-masing dan bersua di meja rundingan dengan keterbukaan berdasarkan kepada semangat Piagam ASEAN.
Menurutnya, kesepakatan dalam isu-isu ekonomi tidak terlalu menjadi kebimbangan memandangkan ia merupakan isu keutamaan bagi setiap negara. Namun, semangat yang sama tidak dikongsi dalam menyelesaikan isu berkaitan hak asasi manusia.
Malaysia secara rasmi menjadi pengerusi ASEAN untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2025.
Dialog Tiga Penjuru: ASEAN25 | Titik penentu, masa untuk Malaysia beraksi