Kerajaan akan menerang dan membentangkan kepada rakyat tentang manfaat yang dinikmati mereka daripada hasil tambahan pendapatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya kerajaan perlu mencari hasil yang lebih mantap untuk kewangan negara antaranya dengan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Najib berkata kerajaan perlu yakin untuk membuat keputusan walaupun hasilnya tidak dapat dilihat dalam jangka pendek tetapi hanya mendapat melihatnya pada jangka panjang dan sederhana panjang.
"GST mungkin tidak popular pada jangka pendek. Kalau boleh memperbaiki pelaksanaan cukai itu dengan ambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab naik harga serta memberi penjelasan tambahan kepada rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, apabila hasil pendapatan bertambah, kerajaan akan menerangkan kepada rakyat secara telus kerana rakyat hendak tahu penggunaan pendapatan negara itu.
"Nanti, saya akan bentangkan kepada rakyat, bahawa duit tambahan ini, kita akan menggunakan untuk kebaikan rakyat dan negara. Ini saya hendak memberi jaminan bahawa itulah sebenarnya hasrat kerajaan.
"Apabila keadaan kita lebih kukuh, pasaran yakin kepada ekonomi negara kita, kita ada punca tambahan, kita boleh mara ke hadapan," katanya.
Najib berkata kerajaan telah menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini bagi mengurangkan kos harga barang naik serta mengurangkan kadar cukai perseorangan.
"Untuk kita lakukan semua ini, kita perlu ada punca kewangan yang boleh mengukuhkan lagi pendapatan negara," katanya sambil menambah beliau akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 pada 21 Mei ini yang menggariskan perancangan kerajaan untuk lima tahun akan datang.
Najib berkata untuk menjadi negara yang kompetitif dan negara ekonomi berpendapatan tinggi, cukai korporat perlu diturunkan seperti dilakukan Thailand dan Singapura yang masing-masing telah menurunkannya kepada 20 peratus dan 17 peratus, selain menurunkan cukai perseorangan.
Kadar cukai korporat semasa Malaysia kini ialah 25 peratus.
Najib turut menarik perhatian apabila berkata sejak beliau mengambil alih pucuk kepimpinan negara pada 2009, kerajaan pada setiap tahun tidak pernah gagal untuk mengurangkan kadar defisit negara.
"Apabila saya ambil alih kepimpinan, defisit negara adalah 6.6 peratus. Setiap tahun tanpa gagal dan secara konsisten kadar defisit dapat dikurangkan kepada 3.5 peratus tahun lepas. Ini menunjukkan kita berada di landasan untuk capai bajet berimbang 2020," katanya.
Najib juga berkata kerajaan perlu yakin dengan apa yang dilaksanakan telah mencapai keberhasilan dan daya saing negara juga bertambah.
"Yakinlah kalau kita teruskan usaha apa yang dilakukan, perbaiki kelemahan lain dan kita bekerja sebagai pasukan.
"Kalau ada masalah lain dalam tempoh itu, beri tempoh untuk selesaikan, dan saya yakin ia dapat diselesaikan dengan syarat kita bersama sebagai satu keluarga. Yakinlah apa yang kita impikan boleh diselesaikan," katanya.
Bernama
Mon May 11 2015

NAJIB: Apabila hasil pendapatan bertambah, kerajaan akan menerangkan kepada rakyat secara telus kerana rakyat hendak tahu penggunaan pendapatan negara itu.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.