KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Disember sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan kerajaan mengetepikan saman yang difailkan oleh ibu model dari Belanda terhadap pihak-pihak yang didakwanya gagal melaksanakan tanggungjawab serta cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan Mohd Azhar Hamzah yang mewakili kerajaan, dan peguam Datuk S.N.Nair yang mewakili Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen.
Terdahulu Mohd Azhar berhujah saman itu perlu diketepikan kerana polis masih sedang menyiasat kematian model dari Belanda itu, Ivana Esther Robert Smit yang jasadnya ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam sebuah kondominium lima tahun lepas.
"Yang Arif, polis tidak menutup kes ini. Tiada penutupan dalam kes ini lagi. Ada siasatan dalam kes ini, rakaman percakapan dibuat. Tangkapan ada dibuat tetapi tiada bukti kukuh untuk dituduh...maka, tiada kecuaian pada peringkat awal kes ini ketika itu," katanya.
Nair dalam hujah balasnya berkata permohonan mengetepikan saman itu jelas sekali merupakan sesuatu yang difikirkan semula, susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengembalikan saman berkenaan awal tahun ini.
Nair berkata saman itu tidak bersifat prejudis kepada pihak berkuasa kerana undang-undang memerlukan anggota keluarga orang yang meninggal dunia menfail saman dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kematian.
Pada 18 Mac 2019 Mahkamah Koroner menetapkan punca kematian model itu adalah disebabkan 'kemalangan' (misadventure), dan susulan permohonan oleh Verstappen untuk semakan terhadap keputusan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada 22 Nov 2019 mengetepikan keputusan Mahkamah koroner berkenaan.
Hakim Sequerah kemudian menggantikan punca kematian itu kepada "Kematian disebabkan orang atau mungkin lebih daripada seorang yang tidak diketahui identiti", di samping mengarahkan pihak Peguam Negara supaya mengarahkan polis memulakan siasatan selanjutnya.
Pada 20 November 2020, Verstappen, 57, menfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, pegawai penyiasat dari Balai Polis Daerah Dang Wangi ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri serta kerajaan Malaysia atas dakwaan gagal melaksanakan tugas dan cuai dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kematian anak perempuannya itu.
Dalam penyataan tuntutan plaintif mendakwa anak perempuannya yang berusia 18 tahun ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Disember 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.
Beliau mendakwa polis melakukan kecuaian apabila gagal menutup lokasi kejadian atau melaksanakan siasatan yang teratur terhadap Johnson dan Almazkyzy, di samping gagal menahan, mengekstradisi dan memastikan kedua-duanya hadir semasa prosiding inkues sebagai saksi utama.
Pada 21 April 2021 Mahkamah Tinggi membatalkan saman itu dengan alasan pernyataan tuntutan tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, dan susulan rayuan, pada 7 Februari lepas Mahkamah Rayuan memberi kebenaran untuk saman itu diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Jasad model dari Belanda itu ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam sebuah kondominium lima tahun lepas. - Gambar fail

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Bicara kes saman ibu model warga Belanda terhadap polis, kerajaan bermula 14 Okt ini
Perbicaraan kes saman difailkan ibu model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia akan bermula pada 14 Okt ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan rayuan kerajaan terhadap saman ibu model Belanda ditetapkan 7 Disember
Jasad model dari Belanda itu ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam sebuah kondominium lima tahun lepas.

Mahkamah Rayuan benar saman ibu model Belanda didengar di Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara itu membenarkan rayuan Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya.

Ibu model Belanda rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap polis, kerajaan
Ibu mendiang Ivana Esther Robert Smit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.