PONOROGO: Sepasang kekasih ditahan polis selepas didapati mencuri ikan tongkol yang disediakan untuk hidangan sahur di sebuah kawasan perumahan di sini, Ahad lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah,Rudy Hidajnato, mengesahkan penahanan pasangan tersebut dan menyatakan bahawa mereka akan disiasat atas kesalahan mencuri.

“Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk sekitar jam 1 pagi.

“Siasatan lanjut telah dijalankan dan kemungkinan kes akan disiasat atas dua kesalahan iaitu mencuri telefon bimbit dan tabung gas yang bernilai lebih kurang RM677.91 (RP 2.5 juta),” katanya.

Pihak berkuasa mengingatkan masyarakat untuk lebih berhati-hati dan meningkatkan keselamatan di kawasan perumahan, terutama menjelang waktu sahur bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. - Sinar Harian