KUALA LUMPUR: Ibu mendiang Ivana Esther Robert Smit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab serta cuai ketika menjalankan siasatan bagi menentukan punca kematian model Belanda itu.
Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen berkata notis rayuan itu, yang difailkan semalam, telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada hari sama.
Verstappen, 57, menamakan Ketua Polis Negara, ASP Faizal Abdullah (Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi), Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Mengikut notis rayuan itu, Verstappen tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa pengurusan kes secara dalam talian (aplikasi Zoom) pada 21 April lepas.
Justeru, Verstappen mengemukakan rayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah yang membatalkan samannya dengan kebebasan untuk memfailkan semula selepas didapati tidak mematuhi Aturan 18 Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan perintah bahawa beliau perlu membayar kos sebanyak RM3,000 kepada kesemua responden.
Dalam penyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Nov 2020, Verstappen mendakwa anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Dis 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.
Verstappen mendakwa beliau dimaklumkan mengenai kematian anaknya pada atau sekitar petang 7 Dis 2017 dan berlepas ke Kuala Lumpur dari Belanda untuk mengesahkan serta menyiasat kejadian itu.
Sejurus tiba di Malaysia pada 9 Dis 2017, Verstappen mendakwa defendan telah meminta beliau mengenal pasti mayat anaknya di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau turut dimaklumkan oleh defendan dan seseorang bernama Sarjan Haliza (pegawai penyiasat pertama) bahawa jasad mangsa ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam kondominium itu dan anaknya telah membunuh diri.
Wanita itu mendakwa defendan telah membuka kertas siasatan di bawah laporan kematian mengejut (SDR) pada 7 Dis 2017 dan menutup kes itu selepas merumuskannya sebagai mati mengejut atau bunuh diri.
Verstappen mendakwa beliau tidak boleh menerima rumusan itu kerana perkara tersebut amat sukar dipercayai dan terkejut dengan tindakan defendan yang hanya membuka kertas siasatan di bawah SDR, oleh itu mendakwa tindakan defendan adalah perlanggaran jelas prosedur operasi standard dan amalan terbaik dalam siasatan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Mendiang yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence, i Kuala Lumpur pada 7 Dis 2017. - Gambar/ Instagram @ivana_smit
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'
Zii Jia tampil di atas pentas dengan menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek.

Penghidap vitiligo mahu pecah stereotaip kecantikan, bukti mampu jadi model
Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan.

Pembunuhan Abby Choi: Suspek keenam berjaya ditahan
Polis berjaya menahan suspek keenam kes pembunuhan model dan selebriti media sosial, Abby Choi.

Proton eksport X50, X70 dan Saga ke Afrika Selatan buat pertama kali
Ia selepas menandatangani perjanjian untuk melantik CMH Group sebagai pengedar kenderaan Proton di negara itu pada April.

'Supermodel' Bella Hadid kongsi kisah dididik berpuasa sejak kecil, rai Aidilfitri
Dia akui apabila usianya semakin meningkat ditambah pula kesibukan dalam dunia hiburan dan sebagai peragawati menyebabkan dia semakin lalai menjalankan ibadah itu.

Meta Universe platform terbaharu usahawan kembangkan perniagaan ke alam metaverse
MU memberi tumpuan kepada tiga tonggak strategik yang merangkumi penyelesaian perusahaan Web3, akademi M.U dan pasaran dalam talian secara global.

Junta Myanmar bebas model kacak sokong protes prodemokrasi
Paing Takhon, 25, juga pelakon dilaporkan bergerak secara aktif semasa tunjuk perasaan besar-besaran selain mempromosikan bantahan itu di media sosial.

Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.

Selamat tinggal... berakhirnya era BlackBerry
Tindakan menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pernah dianggap teknologi canggih itu.