: Polis berjaya menahan suspek keenam kes pembunuhan model dan selebriti media sosial, Abby Choi.
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan susulan dipercayai cuba membantu dan bersubahat dengan seorang lagi suspek utama.
Dia yang mempunyai nama keluarga Lam dan bekerja di premis sewa bot riadah telah ditangkap di sebuah pejabat di Sheung Wan pada Khamis.
Pada Rabu, Hong Kong mempergiatkan siasatan pembunuhan kejam membabitkan Abby Choi dengan menemu bual penduduk di perkampungan Tai Po.
Tindakan itu bagi mengumpul lebih banyak bukti tentang kematian wanita berusia 28 tahun itu.
BACA: Pembunuhan Abby Choi: Polis soal penduduk kampung
BACA: Selepas dikaitkan dengan bunuh, bekas suami Abby Choi didakwa kes curi pula
Puluhan pegawai dari Unit Jenayah Wilayah Barat Kowloon dikerah ke kawasan kampung berkenaan bagi mendapatkan maklumat termasuk jika melihat individu mencurigakan di kawasan kejiranan pada 21 Februari lalu.
Setakat ini, beberapa suspek ditahan termasuk bekas suami Choi, Alex Kwong, bekas abang ipar, serta ibu bapa mentua Choi yang ditahan reman tanpa ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas tuduhan membunuh dan menghalang proses keadilan.
Agensi
Thu Mar 02 2023
Hong Kong mempergiatkan siasatan pembunuhan kejam membabitkan Abby Choi dengan menemu bual penduduk di perkampungan Tai Po. - Foto Instagram/xxabbyc
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pembunuhan Abby Choi: Suspek ketujuh ditahan di China
Wanita itu ditahan kerana disyaki membantu dalam pembunuhan sosialit berusia 28 tahun itu.
Kematian Abby mengejutkan, menyayat hati - Aaron Kwok
Menurut laporan, mendiang sering dilihat mengunjungi rumah agam Kwok malah dikatakan turut meraikan hari lahir bersama.
Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama
Cebisan anggota badan Abby Choi ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan.