KUALA LUMPUR: Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan dan seterusnya memecahkan stereotaip bidang berkenaan.
Mula menghidapi penyakit itu yang menyebabkan kulit kehilangan warna atau pigmen sekali gus menampakkan kulit muka tampak bertompok putih sejak berusia 19 tahun, wanita ini bangkit dengan menjadikan ia sebagai keunikan dan bukannya kekurangan diri.
Beliau yang juga penolong pengurus di sebuah pusat ekonomi digital juga tidak membawa misi peribadi semata-mata, sebaliknya mahu menjadikan bidang glamor itu sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan penyakit 'rare' atau jarang dijumpai itu.
Sering berkongsi perjalanannya sebagai pesakit vitiligo menerusi penulisan blog dan media sosial, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Haiwan dari Universiti Putra Malaysia ini juga mahu memberi inspirasi kepada individu dan golongan mengalami nasib sepertinya untuk tidak merasa tersisih dan kekurangan.
"Bukannya mudah untuk menghadapi perspektif negatif masyarakat, malah saya pernah ditolak oleh segelintir masyarakat kerana keadaan saya ini, namun memori hitam seperti itulah yang menjadi penguat semangat," katanya kepada Bernama.
Siti Nuur Hidayu berkata dek kurang pendedahan, ada juga yang takut untuk mendekati dirinya kerana beranggapan penyakit itu berbahaya serta boleh berjangkit, malah tidak kurang juga ada yang mencemuh dan memandang hina kerana perbezaan fizikal itu.
"Kalau diikutkan vitiligo bukan penyakit keturunan kerana tiada ahli keluarga saya menghidap penyakit itu sebaliknya ia berkaitan gangguan autoimun. Pada mulanya saya juga tidak tahu mengenainya dan sedar tompok putih muncul pada tangan saya selepas cedera terkena parang.
"Saya sangka perkara biasa saja tetapi lama kelamaan tompok-tompok mulai merebak ke bahagian badan yang lain," katanya.
Mengimbau kembali awal pembabitannya dalam kerjaya peragaan pada 2018, ibu kepada dua anak ini juga tidak pernah menyangka akan menceburi bidang glamor itu memandangkan beliau seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan diri.
Mengakui agak kekok beraksi di hadapan kamera pada awal pembabitannya, Siti Nuur Hidayu berkata perkara itu berjaya diatasinya menerusi latihan yang diberi oleh pihak agensi.
"Pada mulanya saya nampak iklan mencari model bagi mereka yang mempunyai ciri fizikal istimewa, jadi saya cuba nasib dengan mengisi borang, dan tidak sangka dipanggil untuk uji bakat. Saya tidak sangka diterima sedangkan untuk berswafoto pun saya rasa kurang minat dan yakin, tetapi kini boleh jadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan sampingan ," katanya.
Siti Nuur Hidayu juga kini boleh berbangga kerana terpilih sebagai model 'stock photos' seperti iStock dan Canva untuk pasaran antarabangsa, malah turut menjadi wajah pilihan untuk kempen beberapa jenama kosmetik tempatan.
Beliau berharap penglibatannya dalam bidang itu mampu membuka mata dan minda masyarakat mengenai vitiligo dan akan memberi masa depan yang lebih baik kepada generasi masa hadapan yang senasib dengannya.
"Kita perlu raikan perbezaan baik dari segi fizikal, minat dan sebagainya, dan bukannya menyisihkan golongan yang dilihat berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Menghidapi vitilgo bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu menceburi bidang peragaan dan seterusnya memecahkan stereotaip bidang tersebut. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penghidap vitiligo mahu pecah stereotaip kecantikan, bukti mampu jadi model
Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan.