PUTRAJAYA: Keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pewartaan itu turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos lepas.
“Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas.
Pada 13 Ogos lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi berbanding lima negeri yang melaksanakan PRN iaitu sebanyak 74.79 peratus.
Beliau berkata Kedah mencatatkan peratusan pengundian 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

JP-PBT akan bentang penyata selesaikan isu sampah haram di Selangor
Penyata itu akan mengandungi tatacara pelaksanaan yang perlu dilakukan kerajaan negeri dalam menguruskan sampah termasuk sampah domestik seperti sampah kilang, sampah berjadual dan sampah binaan.

Nak saman saya, dialu-alukan - Mahfuz cabar Pas Terengganu
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan ia merupakan peluang terbaik kepadanya untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi semua penyata akaun yang berkait didedahkan.

Bermula 1 Jun, cukai GST dikurangkan pada kadar sifar
Cukai GST yang berada pada kadar enam peratus akan dikurangkan kepada kadar sifar bermula 1 Jun 2018.

GST: Kastam terima penyata cukai pertama bulan depan
JKDM akan menerima penyata pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada peniaga yang memiliki nilai perniagaan melebihi RM5 juta bulan depan.