Keputusan isu atau sebarang fatwa penanaman ketum di negara ini terletak di pihak majlis agama negeri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tanggungjawab Jawatankuasa Majlis Agama Islam adalah untuk berbincang dan memberi pandangan mengenai isu berkenaan.
Katanya, bukan semua isu harus dilibatkan dengan fatwa sebelum dipertimbangkan risiko yang melibatkan kemudaratan atau kebaikan kepada negara.
"Kita harus faham bahawa isu berkaitan fatwa merupakan tanggungjawab di negeri-negeri, Jawatankuasa Majlis Agama Islam boleh berbincang dan memberi pandangan namun akhirnya ia bukan fatwa yang mengikat.
"Kita harus memperhalusinya. Tidak semua perkara harus ditangani dengan fatwa, saya rasa banyak perkara yang harus lihat kelebihan dan kekurangannya.
"Banyak aspek melibatkan kemudaratan, kesihatan, struktur sosial negara dan masyarakat negara terjejas jika diperkenalkan dengan polisi ketum atau sebagainya," katanya semasa sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri stesen televisyen AlHijrah di sini hari ini.
Asyraf berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan bersama pakar perubatan serta pemimpin masyarakat mengenai penanaman ketum berskala besar di negara ini, yang dicadangkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Tegasnya, cadangan tersebut dilihat agak sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi.
Baru-baru ini, Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar.
Zahidi berkata penanaman ketum sebagai alternatif bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil di negara ini, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap getah disebabkan harga komoditi itu menurun ketika ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Aug 02 2016
ASYRAF: Cadangan tersebut dilihat agak sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi. - Gambar fail
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih pada Jumaat lepas.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya. Namun, jelasnya langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti. #AgendaAWANI
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. Jelasnya, memandangkan tiada sebarang ketetapan berkenaan nilai kutipan diumumkan, maka sebarang sumbangan dengan jumlah signifikan merupakan kejayaan yang perlu diraikan. #AgendaAWANI
Perdana Menteri akan hadir Dewan Rakyat pada 21 November - YDP Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat selepas YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Perdana Menteri akan hadir ke Dewan Rakyat pada hari khamis.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Penganjuran #COP29 di Baku, Azerbaijan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara itu menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tersebut. Adakah ia juga secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Azerbaijan secara umumnya? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
PRK Mahkota: Seluruh jentera Kerajaan Perpaduan digerak sepenuhnya - Asyraf Wajdi
Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada PRK DUN Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi.