SRI AMAN: Tiada unsur radioaktif dikesan pada kepingan logam dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Semawa Ulu, Pantu dekat sini pada Isnin.
Pengesahan itu dibuat selepas pemeriksaan oleh Jabatan Kimia Malaysia bersama Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di lokasi selesai.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Sarawak, Henderi Ardimansyah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pantu pada jam 11.56 pagi berhubung penemuan objek dengan ukuran panjang 2.3 meter itu.
“Setiba sahaja pihak bomba di lokasi kejadian bersama dengan polis Pantu didapati benar terdapat serpihan logam roket negara ditemui oleh orang awam.
“Serpihan logam tersebut berwarna perak berukuran panjang lebih kurang 2.3 meter dan lebar lebih kurang satu meter dengan ketebalan logam tersebut dianggarkan 5mm dan fizikal logam tersebut kelihatan kesan pecah,” katanya.
Pihaknya kemudian memaklumkan kepada Jabatan Kimia dan AELB mengenai penemuan tersebut sebelum diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Setelah pemeriksaan dijalankan, disahkan bahawa tiada unsur bahan radioaktif dikesan serta objek tersebut selamat untuk disentuh.
“Objek tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia dan polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Sebelum ini serpihan roket itu dijumpai di beberapa kawasan lain termasuk Kampung Nyalau, Bintulu, Sepupok Lama, Niah dan Kalimantan, Indonesia.
Shafik Ahmad
Thu Aug 11 2022

Pengesahan itu dibuat selepas pemeriksaan oleh Jabatan Kimia Malaysia bersama Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di lokasi selesai.

Iran berhak miliki tenaga nuklear secara aman - Russia
Iran berhak untuk memiliki tenaga nuklear secara aman dan bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

JAKIM buat laporan polis isu hina Islam di media sosial
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis hari ini berhubung penghinaan terhadap Islam dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial.

BNPL bantu beli barangan keperluan ketika kecemasan - Belia
Kemudahan Beli Dahulu, Bayar Kemudian (BNPL) memberi ruang kepada belia untuk menarik nafas lega dalam mengurus keperluan perbelanjaan bulanan.
Consider This: South Africa, Malaysia & the Global South
South Africa has increasingly been at the center of global headlines—it’s making history as the first African country to hold the G20 presidency, yet its leadership of the bloc has already been overshadowed by its increasingly strained relations with the US. At the same time, South Africa has taken bold positions on major global issues, from its strong advocacy for Palestinian rights to its legal challenge against Israel at the International Court of Justice. And it continues to navigate its place in BRICS, increasingly seen as a counterweight to Western-led economic institutions. So what does all of this say about South Africa’s global standing? And what does it reveal about the shifting world order? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Ismail Lagardien, a columnist, essayist, and author who writes extensively on global political and economic affairs.

Ahmad Samsuri puji kerajaan tingkatkan Kadar Pemberian Mengikut Orang
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji keputusan kerajaan dalam meningkatkan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang kepada negeri sebanyak 25 peratus bermula 2026.
AWANI Tonight: Trump signs order to close U.S. Education Department
U.S. President Donald Trump signed an order calling for the closure of the Education Department, leaving school policies almost entirely in the hands of states and local boards.
AWANI Tonight: Govt announces special Raya aid for civil servants, retirees
The government will distribute a special financial assistance of RM500 to civil servants Grade 56 and below, as well as RM250 for retirees, in conjunction with Hari Raya Aidilfitri.

Pearly-Thinaah dibelenggu masalah konsisten - Rosman
Ketua Jurulatih Beregu Wanita Rosman Razak mengakui beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah masih dibelenggu cabaran untuk kekal konsisten ketika beraksi di perlawanan antarabangsa.
Jangan terjerumus dengan tekanan promosi, sosial ketika beli persiapan Aidilfitri - Belia
Pakar Pemasaran Digital, Asek Abdullah berkata masyarakat perlu berwaspada dengan ilusi keperluan mendesak yang ditonjolkan oleh platform dalam talian untuk membeli keperluan Aidilfitri. Manakala, Pegawai Program Arus Academy, Tulasi Maharani pula menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan tekanan sosial untuk berbelanja sempana hari raya. #DialogAnakMuda
BNPL bantu beli barangan keperluan ketika kecemasan - Belia
Pengerusi Pertubuhan Rakyat Sejahtera Selangor, Nur Rahim Nasir berkata platform Beli Dahulu, Bayar Kemudian (BNPL) membolehkan belia membeli barangan keperluan ketika kecemasan dan tiada wang. Namun, Pegawai Program Arus Academy, Tulasi Maharani menegaskan keperluan untuk menggunakan BNPL ini secara berhemat dalam berbelanja. #DialogAnakMuda

Lagi objek disyaki serpihan roket Long March 5B ditemui di Sibu
Satu lagi objek dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China dilaporkan ditemui di kawasan Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu pada Sabtu.

Objek hitam ditemukan di Batu Niah dipercayai serpihan roket Long March 5B China
Dua keluarga diarah mengosongkan rumah mereka oleh pihak bomba kerana bimbang akan kesan radioaktif berikutan penemuan objek asing berdekatan kediaman masing-masing.