Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada Jumaat memaklumkan, Moscow menerima kenyataan Iran bahawa negara itu tidak berhasrat untuk memperoleh senjata nuklear.
Iran merupakan salah satu topik yang dibincangkan dalam perbualan telefon panjang antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, minggu ini.
Selepas perbualan itu, White House memaklumkan kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan bahawa Iran tidak seharusnya berada dalam kedudukan untuk memusnahkan Israel.
Pada Khamis, Iran berkata ia akan mempertimbangkan peluang serta ancaman dalam sepucuk surat daripada Trump yang menggesanya untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dan akan memberikan respon dalam masa terdekat.
Terdahulu, AS pada Rabu menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya bersatu dalam mengecam tindakan berani Iran berkaitan program nuklearnya, selepas mesyuarat tertutup yang diadakan di New York.
