KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung larangan laungan azan menggunakan pembesar suara bukan dikeluarkan di Malaysia sebaliknya berlaku di Pune, India.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata arahan itu dibuat oleh Presiden Maharashtra Navnirman Sena iaitu Raj Thackeray dan dilaporkan dalam sebuah portal The New Indian Express pada 17 April lepas.
Beliau berkata Raj juga turut mengarahkan agar membuang semua pembesar suara dari masjid sebelum 3 Mei ini dan mengumandangkan 'Hanuman Chalisa' (puisi untuk dewa) di hadapan masjid jika arahan itu gagal dipatuhi.
"Selain itu, PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun TikTok dikenali sebagai 'Syierabahari_ ' yang dilihat mengulas isu berkenaan secara provokasi dan berkemungkinan boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Abd Jalil berkata siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
"PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya.
Sebelum ini tular di media sosial, seorang lelaki dikenali sebagai Raj Thackeray dalam laporan sebuah portal mengarahkan agar membuang semua pembesar suara dari masjid sebelum 3 Mei ini dan mengumandangkan 'Hanuman Chalisa' (puisi untuk dewa) di hadapan masjid jika arahan itu gagal dipatuhi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Sebelum ini tular di media sosial, seorang lelaki dikenali sebagai Raj Thackeray mengarahkan agar membuang semua pembesar suara dari masjid sebelum 3 Mei ini. - Gambar hiasan
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Sultan Mizan nasihat bakal jemaah haji fokus ibadah di Tanah Suci
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menasihati bakal jemaah haji supaya fokus dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci.
Polis tahan wanita ceroboh masjid, dakwa suara bilal ganggu kejiranan
Polis menahan reman seorang wanita yang menceroboh ruang solat lelaki di Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi.
Bandar raya New York benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadan
Mengikut peraturan baharu itu, masjid boleh menyiarkan laungan azan setiap Jumaat antara 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, serta sebelum berbuka puasa, setiap petang pada Ramadan.
Polis buka kertas siasatan kes perlahankan laungan azan
Pada masa sama, jangan cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.
Pelajar tahfiz yang hilang ditemukan lemah, azan dilaung sebelum kerja mencari
Sebelum ini, Naufal dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai, Gerik.
Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.
Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar jejaki mangsa terakhir
Sekali lagi laungan azan berkumandang sebagai ikhtiar menjejak kedudukan seorang lagi mangsa.
Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar baharu JBPM kesan tujuh lagi mangsa
Laungan azan sebelum memulakan operasi SAR tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh menjadi antara ikhtiar terbaharu pasukan SAR.
Remaja hilang ditemui sambil memeluk pokok
Remaja tersebut, Norhisham Saifudin ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan lemah pada hari keempat kehilangannya.
Kenyataan tular larangan laungan azan guna pembesar suara bukan di Malaysia - Bukit Aman
PDRM sahkan bahawa kenyataan tular di media sosial baru-baru ini berhubung larangan laungan azan menggunakan pembesar suara bukan dikeluarkan di Malaysia.