GERIK: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melaungkan azan sebelum menemukan seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai, di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa, Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris ditemukan selamat, namun, dalam keadaan lemah pada jam 10.49 pagi tadi oleh Unit Pengesan K9 dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Pasukan operasi mencari dan menyelamat pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan dan gerak kerja dimulakan dengan membuat laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB Hasna Rashid.
"Setiap kumpulan disertai oleh pelbagai agensi seperti bomba, polis, PGA dan orang awam.
"Mangsa ditemui selamat dalam jarak lebih kurang 2 kilometer dari lokasi kenderaan mangsa ditemui.
"Pencarian telah pun dibuat di lokasi tersebut sebelum ini, namun mungkin mangsa bergerak ke tempat lain menyebabkan dia tidak ditemui pasukan penyelamat.
"Usaha membawa mangsa keluar dilakukan menggunakan kenderaan kerana saiz tubuh mangsa yang agak besar," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan seorang remaja lelaki yang dipercayai mengalami kecelaruan minda dari Kampung Tanjung Sejarah, dekat sini, dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu.
Sabarodzi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan itu pada jam 1.33 pagi.
Katanya, kali terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam dan keluarga remaja berkenaan mencari mangsa dan menjumpai motosikal yang dibawanya di dalam kebun getah.
Aida Aziz
Sat Jun 24 2023
Pasukan SAR melaungkan azan sebelum menemukan seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai, Gerik. - Gambar ihsan JBPM
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Keluarga bersyukur pelajar tahfiz hilang ditemui selamat
Pelajar terbabit ditemui orang awam yang kemudiannya membawanya ke ibu pejabat polis daerah Taiping, Perak pada petang Sabtu.