KUALA KRAI: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, di sini, pada Selasa lalu ditemui sambil memeluk sebatang pokok sekitar jam 10 pagi tadi.
Remaja tersebut, Norhisham Saifudin ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan lemah pada hari keempat kehilangannya.
Ibu saudaranya, Rosliza Ghani@Hassan, 32, berkata, Norhisyam menceritakan jeritannya meminta tolong tidak didengari sesiapa sehinggalah datuk mangsa melaungkan azan semasa Maghrib pada Jumaat.
Dia berkata, pada masa sama ibunya, Rahaida, 49, turut memanggil nama anak keempat daripada enam beradik itu.
“Pagi ini Norhisham ditemukan dalam jarak hanya sejauh 200 meter di hutan itu.
“Dia dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami luka calar seluruh badan namun sempat memberitahu dia meminta tolong, tetapi tiada siapa yang mendengar walaupun dia nampak pasukan SAR dan orang kampung mencarinya,” kata wanita itu ketika dihubungi pemberita di sini pada Sabtu.
Katanya, Norhisham tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku kepada dirinya sebaliknya bertanya semula kepada keluarga perkara yang terjadi ke atas dirinya.
“Dia dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan.
“Kami amat bersyukur dia ditemui selamat,” katanya.
Norhisham dikatakan mengalami halusinasi selepas pulang bercuti di Kuala Lumpur dan tidak tidur selama lima hari sebelum melarikan diri ke dalam hutan pada jam 4.45 petang, Selasa lalu.
Lelaki itu turut memberitahu ada kanak-kanak memanggilnya selain memberitahu ada seseorang menunggunya di hutan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 17 2022
Norhisham (kiri) yang ditemui pasukan SAR ketika usaha mencarinya di hutan di Kuala Krai. - Foto Bomba
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Remaja 17 tahun hilang sejak 29 Dis ditemukan selamat di Cheras
Nurul Fateha Nabila dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.
Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi Jumaat.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas ke kedai runcit sejak 7 Nov lepas.
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.
Polis kesan Nurul Alya Farzana, hilang depan sekolah
Remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Nurul Alya Farzana Zamri dan berusia 16 tahun.
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis
Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.