Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya masih menyiasat remaja berkenaan.
"Mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut," katanya pada Selasa.
Sebelum itu, Jasmin memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan orang hilang susulan laporan yang diterima berhubung kehilangan remaja tersebut.
Media pada Isnin melaporkan, ahli keluarga remaja tersebut merayu orang ramai untuk mengesan Nur Humaira Syafiqah.
Kakaknya Ayu, 39, berkata, kali terakhir adik bongsunya itu dilihat di rumah mereka pada jam 5 pagi di Kampung Tanjung Keramat, di sini. - Sinar Harian