1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata dakwaan yang mengaitkan sebaran luas Swap Mungkir Kredit (CDS) dengan syarikat itu sebagai 'komentar yang tidak berasas'.
"Perlu ditekankan bahawa CDS merupakan instrumen kewangan derivatif yang nilainya ditentukan oleh pendagang, menerusi permintaan dan penawaran, dan tidak semestinya menggambarkan fakta atau asas ekonomi," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Dalam hubungan ini, 1MDB berkata sebaran CDS merupakan petunjuk yang berbeza kepada penarafan kredit A-/A3 Malaysia, yang mencerminkan keupayaan kukuh kerajaan untuk membayar obligasi hutangnya, dengan kebarangkalian kemungkiran yang rendah.
1MDB membuat kenyataan itu berikutan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengaitkan 1MDB untuk peluasan sebaran CDS kerajaan.
1MDB menyifatkan komen Lim itu sebagai 'tidak berasas'.
Syarikat dana negara itu berkata sebaliknya pelan rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan, berjalan seperti dirancang.
Asas pelan yang antara lain melibatkan 'hutang untuk pertukaran aset' dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy dan Bandar Malaysia, penjualan tanah induk di Tun Razak Exchange (TRX) serta pelupusan aset bukan teras.
1MDB berkata hasil daripada pelan rasionalisasi itu akan dapat mengurangkan dengan ketara hutangnya ke tahap yang boleh diurus, menjelang suku keempat 2015.
Dalam kenyataan itu, 1MDB, khususnya menekankan beberapa fakta dan asas utama berkaitan kemajuan rasionalisasi.
Antaranya tahun ini ia berjaya menjual lebih RM1 bilion tanah di TRX.
1MDB berkata bidaan akhir yang mengikat akan diterima daripada pembida dari dalam negara dan antarabangsa yang disenarai pendek untuk Edra Energy dan Bandar Malaysia antara pertengahan hingga akhir bulan Oktober 2015, dengan Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk kedua-dua aset itu dilaksanakan pada Disember 2015.
1MDB berkata ia secara konsisten memenuhi, tanpa mungkir, menunaikan obligasi kadar faedah dan pembayaran asas, kepada pelabur asing dan domestik.
Ia berkata kerajaan telah menjamin RM5.8 bilion hutang 1MDB - dengan RM5 bilion matang pada 2039 - dan menyediakan Surat Sokongan bagi bon US$3 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, yang matang pada 2023.
Pada kadar tukaran semasa, jumlah pokok hutang jangka panjang ini berjumlah kira-kira RM18.7 bilion, katanya.
1MDB berkata berdasarkan statistik di laman web Bank Negara Malaysia, angka ini bersamaan dengan sekitar 1.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) 2014 sebanyak kira-kira RM1.1 trilion dan sekitar 2.9 peratus daripada hutang suku kedua 2015 Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM628 bilion.
Justeru, walaupun terdapat liabiliti luar jangka ke atas kerajaan, 1MDB yakin, berdasarkan fakta dan asas, ia akan dapat memenuhi obligasi khidmat hutang hasil daripada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasinya.
Bernama
Fri Sep 25 2015
1MDB berkata ia secara konsisten memenuhi, tanpa mungkir, menunaikan obligasi kadar faedah dan pembayaran asas, kepada pelabur asing dan domestik. - Gambar Fail
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.