Berikut kenyataan Menteri Pertahahan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini:
"Ketika usaha mencari MH370 diteruskan, kami tetap memberi fokus untuk mengecilkan kawasan pencarian.
"Hasil kerjasama kukuh daripada rakan-rakan antarabangsa, cabaran tidak lagi bersifat diplomatik. Ia sekarang tertumpu pada teknikal dan logistik.
Oleh kerana skala siasatan sekarang lebih kompleks, pemberitahuan maklumat teknikal dan logistik akan dikendalikan secara berbeza. Seperti yang anda lihat hari ini, ini bermakna Malaysia Airlines menjalankan usaha untuk berkomunikasi dengan keluarga penumpang.
"Ketika kawasan pencarian dikecilkan, cabaran baru timbul termasuk menguruskan sumber di kawasan mencari dan menyelamat yang terpencil. Kami meneruskan kerjasama dengan negara-negara sahabat dan rakan ketika kami berusaha mendapatkan lebih banyak sumber bagi menyokong operasi di kawasan terbabit.
Data baharu
"Malam tadi, Perdana Menteri(Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa menurut analisis baharu data satelit, INMARSAT iaitu firma satelit Britain dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat kesimpulan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Hari ini, saya akan memberi butiran lanjut tentang bagaimana data itu dianalisis seperti yang disalurkan. Maklumat ini lebih bersifat teknikal, Jadi, walaupun saya akan memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh, saya tidak akan menjawab soalan-soalan mengenai analisis data hari ini.
"Bagaimanapun, kami akan menerima soalan bertulis yang akan dijawab secepat mungkin. Kami akan menyalurkan maklumat ini dalam kenyataan akhbar selepas sidang media ini berakhir. Ini adalah maklumat yang disalurkan kepada kami oleh AAIB.
Butiran lanjut
"Kebelakangan ini, Inmarsat menggunakan teknik inovasi yang menghuraikan masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian. Berdasarkan pergerakan ini, arus gelombang yang diterima dan dipancarkan akan berbeza dan keadaan ini sama seperti bunyi kereta yang lalu akan berubah selepas mendekati atau memotong. Ini dipanggil kesan Doppler.
"Teknik Inmarsat menganalisis perbezaan antara gelombang yang stesen di bumi dijangka menerima dan gelombang yang sebenarnya diukur. . Perbezaan ini adalah hasil kesan Doppler dan dikenali sebagai "Burst Frequency Offset."
"Burst Frequency Offset berubah bergantung kepada lokasi pesawat pada kemungkinan kedudukan lengkok, arah penerbangan serta kelajuannya.
"Untuk mengukuhkan kayakinan pada teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya menggunakan maklumat yang diperoleh daripada enam lagi pesawat B777 yang terbang pada hari yang sama dalam pelbagai arah.
"Semasa berada di landasan lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan semasa peringkat awal penerbangan, MH370 menghantar beberapa mesej.
"Pada peringkat ini, kedudukan pesawat dan satelit diketahui, dan ini memungkinkan untuk menghuraikan kiraan mengenai cici-ciri sistem bagi pesawat, satelit dan stesen bumi.
"Analisis itu menunjukkan tahap komunikasi yang lemah dengan koridor utara tetapi jelas dengan koridor Selatan, dan bergantung kepada kelajuan pesawat, ia memungkinkan untuk menentukan kedudukan pada 0011 UTC, iaitu perhubungan terakhir berlaku.
Saya ingin menarik perhatian bahawa ini bukan kedudukan terakhir pesawat.
"Ada bukti mengenai perhubungan yang hanya sebahagian antara pesawat dan stesen bumi pada 0019 UTC. Pada ketika ini, penghantaran istarat tidak difahami dan perlu analisis lanjut.
"Tiada respons diterima daripada pesawat pada 0115 UTC, apabila stesen bumi menghantar mesej log on/log off selanjutnya. Ini menunjukkan bahawa pesawat tidak lagi berada dalam log pada jaringan komunikasi.
"Oleh itu, antara 0011 UTC dan 0115 UTC, pesawat tidak lagi berupaya untuk berkomunikasi dengan stesen bumi.
"Analisis oleh INMARSAT menjadi asas petunjuk bagi analisis lanjut untuk cuba menentukan posisi terakhir pesawat.
"Oleh itu, pasukan siasatan Malaysia telah menubuhkan kumpulan kerja antarabangsa terdiri daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi satelit dan keupayaan pesawat, untuk membuat huraian lanjut.
Latarbelakang teknikal
"Analisis baru yang saya huraikan adalah cukup meyakinkan untuk AAIB memberi taklimat kepada Perdana Menteri bahawa MH370 terbang melintasi koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya ialah di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
"Dalam masa bebarapa jam, keluarga penumpang telah dimaklumkan, dan Perdana Menteri mengumumkan perkembangan terkini itu kepada dunia.
"Seperti diumumkan Perdana Menteri, analisis seperti ini belum pernah diguna pakai dalam siasatan sebelum ini.
"Ada banyak lagi usaha yang perlu dilakukan, dan kami berterima kasih kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan siasatan antarabangsa yang meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia.
Perkembangan terkini operasi.
"Hasil analisis data terbaru ini, operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dihentikan. Kami juga telah menghentikan operasi pencarian di bahagian utara koridor selatan, berhampiran Indonesia.
"Semua usaha pencarian sekarang tertumpu di bahagian selatan koridor selatan, meliputi kawasan kira-kira 469,407 batu nautika persegi berbanding 2.24 juta batu nautika persegi yang diumumkan pada 18 Mac.
"Kami sedang bekerjasama untuk mengecilkan lagi kawasan pencarian, menggunakan empat cara yang saya umumkan sebelumnya: memperoleh maklumat daripada pemantauan satelit, analisis pemantauan data daripada radar, menambah aset udara dan darat, dan menambah pakar-pakar teknikal dan pakar dalam setiap bidang.
"Mengenai aset yang digerakkan, 2 pesawat Korea berlepas dari pangkalan udara Subang menuju ke Perth pagi tadi untuk membantu dalam operasi pencarian pelbagai negara.
"Tiada penerbangan dari Perth ke kawasan pencarian dilaporkan hari ini kerana cuaca buruk.
"Enam kapal China kini berada di kawasan pencarian. Kapal-kapal itu dijangka tiba di sekitar kedudukan terakhir MH370 menjelang pagi esok. Kapal-kapal ini termasuk kapal pemecah ais "Xue Long.
"HMAS Success juga sekarang berada di kawasan pencarian.
"American Towed Pinger Locater peralatan yang berupaya mengesan kotak hitam -- kini dalam pelayaran ke Perth dan akan tiba esok. Sistem itu akan dipasang pada kapal tentera laut Australia Ocean Shield, yang dijangka tiba di Perth pada 28 Mac.
"Ocean Shield, yang dilengkapi Towed Pinger Locater, dijangka tiba di kawasan pencarian pada 5 April.
Kenyataan kesimpulan
"Analisis baru yang diguna pakai dalam siasatan oleh Inmarsat dan AAIB memberi tumpuan di bahagian selatan koridor selatan.
"Walaupun pengumuman semalam adalah saat-saat yang sukar untuk anggota keluarga, tetapi seperti ditegaskan Perdana Menteri, ia dibuat kerana komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan.
Bernama
Tue Mar 25 2014


Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MAS tetap di hati rakyat Malaysia
Masih ada di kalangan kita yang terbawa-bawa dengan emosi dan kepentingan politik lalu melontarkan kemarahan dan teori-teori yang dilihat tidak rasional.

MH370: Pencarian diteruskan meskipun cuaca dijangka buruk
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata kawasan pencarian operasi pada hari ini menjangkau 120,000 km persegi, ke barat Perth.

MH370: Koordinasi lemah didakwa punca tersilap kawasan pencarian lebih tiga hari - WSJ
Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.

MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat.

MH370: Malaysia pamer contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa, kata Gusmao
Malaysia katanya patut dipuji kerana menerajui usaha mencari melibatkan pelbagai negara, yang mempamerkan contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu
Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.

MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott
Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu yang dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.

MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?
Namun, teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.

MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA
Objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang
Operasi diteruskan di kawasan pencarian kira-kira 1,850 kilometer dari Perth, yang meliputi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi.