Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.
Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu.
Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu.
Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.
Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China.
"Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, hari ini.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu.
"Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin.
Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.
Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Tue Apr 01 2014
![MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71395635435_295x200.jpg)
![SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739463987_AzamBaki.jpg)
SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.
![SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739463800_AnwarIbrahim.jpg)
SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
![IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739461001_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739459759_PelajarHilang.jpg)
Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![MAS tetap di hati rakyat Malaysia MAS tetap di hati rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61396335157_120x90.jpg)
MAS tetap di hati rakyat Malaysia
Masih ada di kalangan kita yang terbawa-bawa dengan emosi dan kepentingan politik lalu melontarkan kemarahan dan teori-teori yang dilihat tidak rasional.
![MH370: Pencarian diteruskan meskipun cuaca dijangka buruk MH370: Pencarian diteruskan meskipun cuaca dijangka buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395582506_295x200.jpg)
MH370: Pencarian diteruskan meskipun cuaca dijangka buruk
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata kawasan pencarian operasi pada hari ini menjangkau 120,000 km persegi, ke barat Perth.
![MH370: Koordinasi lemah didakwa punca tersilap kawasan pencarian lebih tiga hari - WSJ MH370: Koordinasi lemah didakwa punca tersilap kawasan pencarian lebih tiga hari - WSJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71396325381_295x200.jpg)
MH370: Koordinasi lemah didakwa punca tersilap kawasan pencarian lebih tiga hari - WSJ
Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.
![MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71395635435_295x200.jpg)
MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat.
![MH370: Malaysia pamer contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa, kata Gusmao MH370: Malaysia pamer contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa, kata Gusmao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41396252480_120x90.jpg)
MH370: Malaysia pamer contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa, kata Gusmao
Malaysia katanya patut dipuji kerana menerajui usaha mencari melibatkan pelbagai negara, yang mempamerkan contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
![Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41396248888_295x200.jpg)
Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu
Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.
![MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41396234048_120x90.jpg)
MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott
Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu yang dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.
![MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya? MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51396230496_120x90.jpg)
MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?
Namun, teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.
![MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395325204_295x200.jpg)
MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA
Objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
![MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/61394363009_295x200.jpg)
MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang
Operasi diteruskan di kawasan pencarian kira-kira 1,850 kilometer dari Perth, yang meliputi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi.