Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Siti Nur Syakirah Ismail pada hari sama jam 4.42 petang.
Jelasnya, kali terakhir Siti Nur Syakirah dilihat adalah di Flat Desaria PJS 5/22, Taman Medan, Petaling Jaya.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau hubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Hariharan di talian 019-3638358,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menerusi hantaran Facebook si ibu dengan nama akaun Emy Emylia, dia masih menantikan kepulangan anaknya dan berharap Syakirah dalam keadaan selamat.
“Assalamualaikum semua, mohon doakan Syakirah dijumpai dalam keadaan selamat. Kami masih menanti kepulangan Syakirah. Mohon sebarkan dan hubungi saya atau suami di talian 011-35547645 segera jika ternampak Syakirah.
“Syakirah berpakaian sweater hitam, seluar hijau army, tudung kelabu. Kerjasama semua pihak amat saya hargai,” katanya.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)