JOHOR BAHRU: Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang disifatkan menyentuh sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminolhuda berkata laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda Amanah Pulai Mohd Harith Mohd Hambali di Balai Polis Tampoi pada pukul 3.07 petang tadi.
Beliau berkata laporan polis turut dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, yang mengharamkan undi terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, yang boleh menggugat keharmonian di negara ini dan Johor khususnya.
"Kita ambil maklum bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah mengatakan hari ini, bahawa Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan, justeru itu kita mengharapkan agar siasatan dan tindakan itu dapat disegerakan.
"Ini bagi memastikan, tiada lagi mana-mana pihak, terutama pemimpin parti politik yang berani untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Balai Polis Tampoi, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulai Syed Mohd Hafiz Syed Hassan dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor Muhammad Taqiuddin Cheman.
Sementara itu, Fadhli Umar yang juga Ketua Perundangan Jentera PH bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berkata kenyataan Muhyiddin juga, seolah-olah mahu menggugat kuasa Fatwa Negeri Johor dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang merupakan ketua agama Islam di negeri itu.
Justeru, beliau menggesa Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau Majlis Agama Islam Negeri Johor turut menjalankan siasatan, berikutan kenyataan seumpama itu tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana individu walaupun berbentuk gurauan.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan.
Razarudin hari ini dilaporkan sebagai berkata siasatan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Sabtu lepas, Muhyiddin semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi mereka yang mengundi Suhaizan pada PRK tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Ketua Pemuda Amanah Pulai, Mohd Harith Mohd Hambali (depan tiga, kanan) bersama Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhil Umar Aminolhuda (depan dua, kanan) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Tampoi hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kenyataan Muhyiddin sentuh 3R, Pemuda Amanah buat laporan polis
Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang disifatkan menyentuh sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R).