JARANG berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.
Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi. Dr Tasha sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Melaka apabila dia menerima panggilan memerlukannya bersiap sedia menerima pesakit yang merupakan seorang wanita hamil.
Wanita berkenaan perlu melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan yang lazimnya jarang dilakukan seawal pagi ekoran kekurangan tenaga kerja kecuali ia merupakan kes kecemasan.
Namun itu bukan persoalannya kerana itu tugas hakiki Dr. Tasha sebagai seorang doktor pediatrik, tetapi kejutannya adalah wanita hamil itu merupakan salah seorang pesakit COVID-19!
Ia berikutan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan menunjukkan wanita itu positif!
Tulis Dr Tasha dalam posting Instagram miliknya 24 jam lalu, wanita berkenaan mengakui melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri yang mana ada dalam kalangan saudara-maranya berada dalam keadaan kurang sihat, namun dia masih memilih untuk 'mendekati' mereka.
Wanita berkenaan turut didakwa tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga jarak fizikal dan sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kisah ini buat saya amat kecewa. Dia tidak boleh fikir bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada bayinya," kata Dr Tasha dalam perkongsian di laman Instagram peribadinya.
Dia mengakui begitu kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pesakitnya itu.
"Jika dia positif, bayi yang dilahirkan terpaksa diasingkan sebaik dilahirkan, perlu menjalani beberapa siri ujian dan juga ujian swab.
"Bagaimana jika bayi itu juga positif? Tidakkah dia terfikir apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh bayinya?," katanya.
Dalam pada itu, menerusi khidmat pesanan di Instagram, Dr Tasha memaklumkan bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan baik, namun perlu diberi perhatian setiap masa sekiranya disahkan positif COVID-19.
"Kita sama-sama doa agar bayi itu tidak positif. Ibunya pula berada dalam keadaan stabil meskipun positif COVID-19 dan turut berada di bawah pemerhatian khusus pihak hospital," balasnya.
Luahnya, agak memenatkan apabila anda fikir anda seorang sahaja yang berperang menentang virus berkenaan sedangkan sesetengah pihak langsung tidak ambil pusing dan memainkan peranan mereka.
Jelasnya, ada segelintir pihak yang langsung tidak peduli usaha petugas barisan hadapan menghapuskan COVID-19 kerana terlalu asyik mendengar berita palsu yang tular, tidak mematuhi SOP, menipu untuk merentas negeri dan hasilnya menjadi penyebar virus.
"Kami tidak boleh melakukan (melawan COVID-19) secara sendirian, kami akan gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda.
"Kepada semua yang membaca posting ini, saya merayu, jalankan tanggungjawab anda," katanya.
Sahlizah Mohamed
Wed May 26 2021
Gambar berkenaan dirakam sekitar pukul 4 pagi semasa Dr Tasha sedang menunggu kelahiran seorang bayi menerusi kaedah pembedahan selepas ibunya disahkan positif COVID-19. - Sumber foto IG Dr Tasha
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing terlarang - MBPP
MBPP ingatkan orang awam agar tidak pelihara anjing dalam senarai baka terlarang kerana mereka boleh didenda RM200 dan tindakan merampas haiwan itu boleh dilakukan sekiranya ingkar.
Threads kini sokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian
Threads menyokong perkongsian sehingga 20 gambar, memberikan pengalaman yang mirip dengan zaman keagungan Twitter.
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Kini anda boleh tinggalkan komen pada Instagram Stories
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan secara meluas dalam masa terdekat.
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Twitch perkenal 'video stories', bersaing dengan Instagram, TikTok
Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia melalui aplikasi mudah alih Twitch.
Orang ramai diminta rujuk buku panduan JaPen mengenai tatacara betul kibar Jalur Gemilang
JaPen meminta orang ramai merujuk buku panduan 'Bendera Kita Jalur Gemilang' bagi mengetahui tatacara mengibarkan Jalur Gemilang.
Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51 diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.
Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram
Turkiye pada Sabtu telah memulihkan akses kepada platform media sosial popular Instagram selepas lebih seminggu dengan menyatakan Meta menerima syarat Ankara mengenai pemadaman kandungan.