SEBUAH rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki bertindak memukul seorang wanita dipercayai teman wanitanya, tular di laman sosial Twitter, sejak Jumaat.
Rakaman video berdurasi 1 minit 19 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dan sehingga kini telah ditonton lebih 500,000 kali.
Berdasarkan rakaman, lelaki terbabit pada mulanya kedengaran memarahi teman wanitanya sebelum dilihat ‘naik hantu’ lalu bertindak melanggar wanita itu dengan motosikalnya.
Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Muhamad Khalil Jamian, 30 tahun, yang merakam dan menularkan insiden itu berkata, kejadian berlaku di kawasan sebuah kondominium di Bangsar South kira-kira pukul 9 malam, pada Jumaat.
Khalil berkata beliau tidak menyangka insiden itu yang pada mulanya dianggap ‘menggelikan hati’ bertukar tegang.
Jelas Khalil, lelaki terbabit pada awalnya langsung tidak meninggikan suara sehinggalah sesuatu berlaku yang menyebabkan dia bengang lalu memukul mangsa.
“Ada pertengkaran sikit-sikit, tetapi saya rasa mungkin wanita itu ada melakukan sesuatu.
“Saya ada dengar dia marah, ‘Shahirah, kenapa you buat benda bukan-bukan belakang aku?’. Lelaki terbabit pada awalnya menangis dan kemudian dia tinggalkan wanita itu sebab dia enggan naik motosikal.
“Lebih kurang satu minit kemudian, lelaki terbabit berpatah balik dan cuba bersemuka. Ada pertengkaran sikit sehinggalah dia memusing motosikalnya lalu melanggar wanita itu,” kata Khalil ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Melihat keadaan semakin tegang, Khalil bertindak menjerit dari tingkat atas rumahnya dengan harapan lelaki terbabit akan menghentikan serangan ke atas mangsa.
Dakwa Khalil, selain dilanggar, mangsa turut ditampar, ditumbuk dan dipukul di bahagian kepala menggunakan beg tangan.
Katanya, insiden itu berlaku begitu pantas dan beliau tidak sempat berbuat apa-apa.
“Serangan itu berlaku dalam masa kurang dua minit sebelum pasangan itu beredar. Kalau saya turun mungkin mereka sudah tidak berada di situ.
“Tambahan pula, kawasan rumah saya dipagari dengan dinding konkrit, dan saya perlu turun dan menaiki kereta terlebih dahulu untuk keluar dari kawasan rumah.
“Kalau saya hubungi polis, mungkin mereka tidak sempat tiba pada waktu yang tepat,” katanya sambil mengakui bahawa ia insiden pertama seumpanya yang berlaku di situ.
Khalil berkata sekiranya kejadian serangan itu berlarutan dalam jangka masa yang panjang, sudah tentu beliau akan pergi melindungi wanita itu.
Namun, beliau secara peribadi berpendapat lelaki terbabit tidak berniat untuk menyakiti mangsa kerana daripada apa yang didengarinya, pemuda terbabit begitu mengambil berat terhadap kekasihnya.
“Saya ada dengar perbualan (lelaki terbabit), ‘aku ni bagi makan kat kau hari-hari, kenapa kau sampai hati buat aku macam ni?' Jadi, saya rasa dia masih ada sifat caring.
"Kalau wanita itu tidak melakukan apa-apa (kesalahan), wanita itu pun tidak akan duduk macam tu (berdiam diri), dia akan lawan. Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu. Tak boleh buat andaian,” katanya.
Khalil berkata beliau akan membuat laporan polis di balai polis dalam masa terdekat berhubung kejadian tersebut.
Susulan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak cepat membuat andaian dan menjadi masyarakat yang lebih prihatin dengan menghulurkan bantuan sekiranya melihat insiden sedemikian.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 23 2019

Rakaman video berdurasi 1 minit 19 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dan sehingga kini telah ditonton lebih 500 ribu kali. - Gambar dari rakaman video

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Parlimen: KL dah macam London, banyak nama Inggeris - Mohamed Nazri
Bukan hanya jalan dan bangunan, kawasan taman perumahan juga lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris sejak kebelakangan ini.

'Kenapa buat bukan-bukan belakang aku?' - Tular video lelaki rempuh teman wanita
Lelaki terbabit pada mulanya kedengaran memarahi teman wanitanya sebelum dilihat naik hantu lalu bertindak melanggar wanita itu dengan motosikalnya.

Wanita cedera dalam cubaan membakar diri di Bangsar South
Siasatan polis mendapati, wanita berusia 35 tahun itu pernah menerima rawatan psikatrik di Hospital Selayang dan telah diberhentikan kerja.

Kebakaran di Kampung Kerinchi, punca masih dalam siasatan
Satu kebakaran berlaku kira-kira jam 3.32 petang tadi berdekatan kawasan Vista Angkasa di Kampung Kerinchi, Bangsar.