KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Bhd (RUB) mungkin akan menggandakan keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan 2023 sekiranya berlaku kenaikan tarif air di Johor, kata Maybank Investment Bank.
Ketiadaan kenaikan tarif dalam tempoh operasi baru-baru ini telah mengakibatkan tekanan pendapatan yang ketara pada Ranhill Syarikat Air Johor Sdn Bhd (RSAJ) dan seterusnya pada RUB.
RSAJ ialah pengendali sumber air ke paip eksklusif Johor dan penyumbang pendapatan utama kepada Ranhill.
“Kerajaan Persekutuan pada Jun 2022, telah meluluskan purata kenaikan tarif 25 sen/m3 untuk pengguna bukan domestik berkuat kuasa Ogos 2022.
“Kami mengandaikan kenaikan purata 15 sen/m3 (+4.6 peratus) bagi pengguna bukan domestik Johor mulai Januari 2023, yang memuncak dengan kenaikan 2.5 peratus dalam tarif keseluruhan.
“Seiring dengan pemulihan volum, kami meramalkan lebih daripada dua kali ganda keuntungan bersih FY23,” kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan.
Ia menyatakan bahawa RUB dari segi sejarah telah aktif dalam mengejar peluang baharu, dengan kejayaan ketara baru-baru ini ialah loji tenaga solar berskala besar 50 megawatt (MW).
RUB juga sedang menjalankan projek sumber air ke paip di tiga kawasan di Jawa, Indonesia.
“Ranhill telah mengemukakan tender untuk membangunkan loji gas 100MW baharu di Sabah (sasaran pentauliahan 2025).
“Rundingan juga sedang dijalankan dengan Suruhanjaya Tenaga untuk ladang solar 75MW di Kluang, Johor, bagi menjana sebahagian operasi RSAJ,” katanya.
Firma penyelidikan itu memulakan liputan syarikat itu dengan penarafan ‘Beli’ dan harga sasaran 60 sen.
Astro Awani
Fri Aug 19 2022

RSAJ ialah pengendali sumber air ke paip eksklusif Johor dan penyumbang pendapatan utama kepada Ranhill. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Saham YTL Power, Ranhill digantung mulai Selasa
Saham Pengeluar kuasa bebas YTL Power International Bhd dan pesaing kecil Ranhill Utilities Bhd digantung mulai Selasa.

Ranhill rancang pembangunan projek kemudahan air di Indonesia dengan China Energy Engineering
Ranhill berkata ia telah menandatangani memorandum persefahaman dengan CEIG untuk bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda.

Anak syarikat Ranhill Utilities peroleh kontrak bernilai AS$27 juta dari syarikat milik Brazil
Ranhill Worley Sdn Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM124 juta (AS27 juta) dari Sembcorp Marine Integrated Yard Pte Ltd.

Kenaikan tarif air di Johor dijangka gandakan perolehan Ranhill tahun kewangan 2023 - Maybank IB
Ketiadaan kenaikan tarif dalam tempoh operasi baru-baru ini telah mengakibatkan tekanan pendapatan yang ketara pada RSAJ dan seterusnya pada RUB.