ALOR SETAR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah, terutamanya kumpulan isi rumah M40 yang kebanyakannya mempunyai komitmen pinjaman bank terutamanya pembiayaan peribadi.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/Perlis Yeoh Su Guan berkata buat masa ini, ada antara golongan M40 dan B40 yang sedang menunggu pengumuman Bajet 2023 sebelum membuat sebarang pembelian rumah.
"Peningkatan OPR kepada 2.50 peratus ini memang memberi kesan kepada pemaju hartanah, kerana apabila kadar ansuran meningkat, ia akan membuatkan pembeli teragak-agak untuk membeli rumah terutamanya golongan M40 yang mempunyai banyak komitmen lain.
"Banyak rumah yang masih tidak terjual kerana pembeli masih menunggu Bajet 2023, yang mana mereka berharap kerajaan akan menyediakan sesuatu kepada pembeli mahupun pemaju, dalam usaha mengurangkan kesan OPR itu berkaitan pemilikan rumah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara REHDA Kedah/Perlis bersama anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allo Technology Sdn Bhd (Allo) di sini hari ini.
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini sebanyak 2.50 peratus dan ia merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini, untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata kekurangan tenaga kerja, kos bahan binaan yang tinggi serta pelaksanaan gaji minumum, turut menyukarkan pemaju hartanah untuk memulihkan sektor berkenaan dalam tempoh pasca pandemik COVID-19 kini.
"Ramai pemaju hartanah yang terpaksa menangguhkan projek mereka berikutan beberapa isu yang timbul, antaranya kekurangan buruh pekerja asing, jadi kini pemaju sedang berusaha mencari jalan untuk menyiapkan projek-projek yang tertangguh dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Industri hartanah mampu serap kenaikan OPR jika ia berlaku - Rehda
Katanya, impak OPR mungkin tidak dirasai kerana kadar penanda aras telah diselaraskan kepada 3.0 peratus, daripada 1.75 peratus sebelum ini.

Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Bank Negara nilai kesan kenaikan OPR 100 bps sebelum ambil tindakan seterusnya
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Permohonan pinjaman kekal stabil, kenaikan OPR tidak halang orang ramai beli rumah
Permohonan pinjaman terus kekal stabil pada bulan tersebut sekali gus membuktikan permintaan hartanah tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Kenaikan OPR bukan ditentukan kerajaan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

Kenaikan OPR bakal mempengaruhi pembeli rumah dari kumpulan M40
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah.