KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.
Beliau berkata tiada angka yang menyokong dakwaan sedemikian, sambil menambah, malahan hakikatnya, secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka mengurus kos pinjaman lebih tinggi.
"Saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan kebankrapan.
"Namun kami akui bahawa terdapat beberapa segmen dan sektor yang memerlukan bantuan berikutan keadaan mereka, dan bantuan masih tersedia untuk mereka yang memerlukan.
"Dengan semua keadaan ini, adalah amat perlu, wajar dan tepat pada masanya dasar monetari diselaraskan semula bagi memastikan kita terus berada di landasan pertumbuhan yang mampan," katanya selepas mengumumkan Prestasi Ekonomi suku pertama (S1) 2023 di Sasana Kijang di sini, hari ini.
BNM pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetarinya (MPC) pada 3 Mei 2023 menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus. Sehubungan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Nor Shamsiah menjelaskan bahawa keputusan untuk menaikkan OPR dibuat kerana ekonomi negara terus mengukuh dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melepasi paras prapandemik, kadar pengangguran menurun dan isi rumah kekal berdaya tahan.
Beliau berkata susulan prospek pertumbuhan dalam negeri yang kukuh, MPC menilai bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk menormalkan lagi tahap penyesuaian monetari.
Dengan keputusan ini, MPC telah menarik balik rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi meningkatkan pemulihan ekonomi.
"Pada tahap OPR pada 3.00 peratus ketika ini, pendirian dasar monetari sedikit akomodatif dan kekal menyokong ekonomi," katanya.
Beliau juga menekankan bahawa walaupun inflasi telah menyederhana, pengembangan ekonomi Malaysia yang lebih besar dan permintaan domestik yang kukuh, terus memberi tekanan terhadap harga, yang menyebabkan inflasi kekal tinggi, yang mana juga telah menjadi trend di banyak negara.
"Dalam sesetengah kes, dasar monetari lambat bertindak balas, menyebabkan kadar faedah dasar perlu dinaikkan dengan lebih cepat dan agresif.
"Kita pastinya tidak mahu berada dalam situasi itu. Kita perlu berhemat.
"Kita juga mahu mengelak situasi mengekalkan kadar faedah terlalu rendah bagi tempoh terlalu lama, terutamanya ketika pertumbuhan ekonomi mengukuh kerana ini boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan dan juga (terdapat) risiko ketidakseimbangan kewangan," kata Nor Shamsiah
Menurutnya, matlamat utama dasar monetari adalah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam tempoh jangka panjang.
Beliau juga membetulkan tanggapan salah bahawa bank pusat mahukan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih perlahan.
Menegaskan bahawa tanggapan ini tidak benar, beliau berkata keputusan (menaikkan kadar faedah) akan membantu memastikan negara terus berkembang secara mampan.
Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, pasaran kewangan domestik kekal dalam keadaan teratur walaupun terdapat kebimbangan pengeluaran ekonomi global akan menyederhana.
Khususnya, tekanan sektor perbankan di ekonomi maju utama telah menyebabkan penurunan hasil bon global menghala ke penghunung akhir suku pertama (S1) di tengah-tengah jangkaan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat.
Beliau berkata, walaupun terdapat ketidaktentuan luaran, prospek pelabur bagi pasaran sedang pesat membangun, termasuk Malaysia, secara amnya masih kekal kukuh.
Hasil bon kerajaan domestik Malaysia merosot pada suku tersebut sejajar dengan prestasi hasil bon global. Berikutan ketidaktentuan yang berpanjangan, kebanyakan pasaran ekuiti serantau termasuk FBM KLCI juga merosot dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

NOR SHAMSIAH: "Saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan kebankrapan." - Fail/Astro AWANI
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Industri hartanah mampu serap kenaikan OPR jika ia berlaku - Rehda
Katanya, impak OPR mungkin tidak dirasai kerana kadar penanda aras telah diselaraskan kepada 3.0 peratus, daripada 1.75 peratus sebelum ini.

Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Bank Negara nilai kesan kenaikan OPR 100 bps sebelum ambil tindakan seterusnya
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Permohonan pinjaman kekal stabil, kenaikan OPR tidak halang orang ramai beli rumah
Permohonan pinjaman terus kekal stabil pada bulan tersebut sekali gus membuktikan permintaan hartanah tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Kenaikan OPR bukan ditentukan kerajaan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

Kenaikan OPR bakal mempengaruhi pembeli rumah dari kumpulan M40
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah.