KUALA LUMPUR: Kenaikan kos bagi pembinaan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebanyak RM2.098 bilion turut mengambil kira penjimatan RM450 juta berikutan pengurangan kapal dari enam kepada lima buah.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya bagi tempoh Jun hingga Sept 2023 berkata, Bahagian Audit Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai tersebut.
Dalam kos tambahan itu, PAC mendapati, sebahagian besar daripadanya adalah kos yang dipanggil non-recurring cost, dan apabila jumlah kapal dikurangkan, pengurangan peralatan juga diambil kira, menjadikan jumlah penjimatan sekitar RM450 juta.
Berikut merupakan penjelasan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MINDEF, Datuk Dr Shahrazat Ahmad, dan Ketua Pegawai Eksekutif Bousted Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd Kepten (B) Ir Azhar Jumaat, sewaktu prosiding bersama PAC.
Azhar: "Kos tambahan yang dipersetujui dan dimuktamadkan dalam kontrak tambahan keenam, Yang Berhormat, adalah berdasarkan kepada kos tambahan setelah diambil kira pengurangan jumlah kapal kepada lima daripada enam, Yang Berhormat."
Shahrazat: "Mungkin saya boleh tambah sedikit lagi. Dalam kos tambahan itu, dalam pembinaan kapal, hampir sebahagian besar daripada kos tambahan itu adalah dipanggil non-recurring cost. Regardless any number of ship, itu kos yang terlibat.
"Apabila kita mengurangkan satu buah kapal, kita mengambil kira pengurangan equipment yang belum di — yang sepatutnya kita — yang direct kepada kapal itu sahaja, pengurangan lebih kurang RM450 juta."
Sementara itu, PAC dalam laporannya mengesyorkan beberapa perkara, antara lain - MINDEF masih perlu membentangkan laporan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek LCS disempurnakan, namun PAC akan membentangkan laporan kemajuan projek LCS dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.
PAC berkata, MINDEF perlu memastikan kontraktor pembinaan menyiapkan detailed design sepenuhnya termasuk mendapat kelulusan daripada Naval Group sebelum Ogos 2024, seperti yang terkandung dalam kontrak tambahan keenam.
Pembayaran yang perlu dibuat kepada pihak pengeluar peralatan asal (OEM) dan pihak yang sepatutnya, hendaklah bertepatan dengan yang digariskan dalam SA 6 agar kelewatan pembinaan dapat dielakkan.
Selain itu, PAC mengesyorkan, MINDEF dan TLDM perlu memastikan sebarang penggunaan dana digunakan secara berhemah dengan mengutamakan keperluan menyiapkan LCS serta tidak membazir.
Akhir sekali, PAC berkata, MOF perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan tiada pembaziran wang rakyat dalam projek pembinaan LCS.
Firdaus Azil
Tue Nov 14 2023

PAC mengesyorkan, MINDEF dan TLDM perlu memastikan sebarang penggunaan dana digunakan secara berhemah dengan mengutamakan keperluan menyiapkan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) serta tidak membazir. - Gambar fail/Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.

Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.