KUALA LUMPUR:Jabatan Perhutanan Negeri Perak menggantung sementara permit dan lesen kontraktor sebuah syarikat kuari yang didakwa menyebabkan kemusnahan alam sekitar di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Manjung, Perak.
Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop ketika dihubungi Astro AWANI berkata, tindakan itu bagi melakukan siasatan menyeluruh khususnya dalam aspek pelanggaran syarat lesen atau spesifikasi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil jika mendapati pihak berkenaan benar-benar bersalah mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
"Buat masa ini, tindakan yang telah diambil adalah dengan mengarahkan pihak kontraktor membersihkan segera sungai dan laluan air yang tercemar termasuk sisa kayu akibat hujan lebat.
"Tindakan susulan pula kita juga mengarahkan pegawai untuk menahan lesen dan permit pemaju untuk kita lakukan siasatan secara lebih menyeluruh sama ada pelesen lakukan kesalahan atau melanggar syarat lesen atau syarat EIA.
"Jika didapati bersalah, kita akan ambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 bagi kesalahan melibatkan hutan, manakala peruntukan undang-undang di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) jika gagal mematuhi piawaian EIA," katanya kepada di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.
"Kajian ini bagi melihat sama ada kawasan rizab sungai dirosakkan pemaju atau tidak dan jika ia didapati rosak, kita akan minta tindakan pembaikan pada kadar segera dilakukan termasuk menanam rumput atau pokok bagi mengelakkan pencemaran," jelasnya.
Susulan laporan kemusnahan alam semula jadi di kawasan air terjun berkenaan, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar negeri untuk melakukan siasatan menyeluruh.
Saarani berkata, Pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) juga diminta menyediakan laporan terperinci mengenai aktiviti kuari yang didakwa menjadi punca kepada kerosakan di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan serta-merta sementara menunggu hasil siasatan mengenainya selesai.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang dipetik laporan portal Sinar Harian mencadangkan agar Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dipinda dengan denda RM10 juta dan hukuman penjara daripada lima kepada 30 tahun.
Katanya, cadangan pindaan itu dibuat bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku jenayah alam sekitar itu selain mengukuhkan peruntukan untuk memenuhi keperluan semasa dan juga penjagaan kelestarian alam sekitar.
Pada Ahad, Astro AWANI menerusi Persatuan Aktivis Sabahat Alam (Kuasa) mendedahkan kemusnahan alam semula jadi membabitkan kawasan air terjun tercemar didakwa berpunca daripada aktiviti kuari.
Timbalan Pengerusi Kuasa, Ismady Radzuan berharap aktiviti kuari di Hutan Simpan Segari Melintang, yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) dihentikan segera.
Katanya, aktiviti itu telah menyebabkan kawasan air terjun berkenaan yang merupakan tarikan pelancongan, kini musnah hampir 90 peratus susulan aktiviti kuari sejak tahun lepas.
BACA: Hutan Bukit Pantai diancam kepupusan
Fauzi Suhaimi
Mon Jan 18 2021
![Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610868762_AirTerjunTanjung.jpg)
Mohamed Zin - Kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai. - Gambar Ihsan Kuasa.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728289157_TBAmirudin.jpg)
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
![#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan #AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721448291_PertabalanAgong.jpg)
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714900694_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
![Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716274889_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
![Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716701652_faisalhalim.jpg)
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
![Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026 Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715754752_TBOnnHafiz.jpg)
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
![Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714832473_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
![PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714278020_AmirudinShari.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
![Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704883789_MenteriBesarNegeri.jpg)
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
![Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701425286_TBAMINUDDIN.jpg)
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.