ISKANDAR PUTERI: Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata menerusi Belanjawan Johor 2024 sebanyak RM67.6 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur pelancongan.
"Terdapat sepuluh projek pembangunan infrastruktur pelancongan yang akan siap tahun ini. Antaranya adalah naik taraf kemudahan dan pembinaan baharu bumbung kanopi di kompleks pelawat Air Terjun Gunung Ledang, menaik taraf laman tiba Taman Negara Johor, Tanjung Piai dekat Pontian, kemudahan infrastruktur penginapan dan kompleks pelawat di Taman Negara Johor Endau-Rompin Peta.
"Selain menaik taraf kemudahan sistem pembentungan di kawasan penginapan dan kawasan pembinaan trail head di Taman Negara Johor Gunung Ledang, penanda arah baharu di setiap Taman Negara Johor, kemudahan sedia ada di Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Segamat dan Gunung Belumut, Kluang.
"Turut dinaik taraf pembinaan trek basikal gunung atau mountain bike di Hutan Simpan Gunung Pulai, Kulai untuk penganjuran sukan bertaraf antarabangsa, Zoo Johor, bangunan Muzium Tokoh Johor dan kemudahan asas dan infrastruktur Pantai Air Papan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd. Manap (BN-Pemasni), Azizul Bachok (BN-Tiram), Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit Yaani), Datuk Pandak Ahmad (BN-Kota Iskandar) Amira Aisya Abd. Aziz (MUDA-Puteri Wangsa), Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya), Ng Yak Howe (PH-Bentayan).
Onn Hafiz (BN-Tanjung Machap) berkata pada 2025, terdapat empat projek akan siap dinaik taraf membabitkan Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pantai Teluk Mahkota dan pembangunan River Cruise di Kota Tinggi, Kampung Sungai Melayu dan Tapak Perkhemahan,Taman Permainan Dan Kolam Mandi di Hutan Bandar MBJB dan pembinaan Perkampungan Seramik di Pasir Gudang.
Beliau berkata promosi yang akan dilakukan secara agresif tahun hadapan menggariskan enam inisiatif pemasaran dan promosi antaranya memperhebat kempen promosi serta pengiklangan di dalam dan luar negara selain penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa di Johor.
Selain itu, katanya penyertaan dalam siri promosi pelancongan turut dipertingkatkan sama ada di dalam atau luar negara, melaksanakan bantuan insentif kepada pemain industri pelancongan negeri, memberi penekanan kepada segmen pelancongan fokus dan penganjuran Program Familiarization (FAM Trip) yang lebih berfokuskan pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Onn Hafiz berkata menerusi Belanjawan Johor 2024 sebanyak RM67.6 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur pelancongan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.

Tahun Melawat Johor: Swasta, NGO dialukan anjur program pelancongan
Pihak swasta dan NGO dialu-alukan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor bagi menganjurkan program pelancongan.