JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor (TMJ) 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata sektor pelancongan kesihatan menyumbang RM143 juta kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Johor tahun lepas dan dijangka akan terus meningkat seiring dengan pelbagai usaha yang sedang dijalankan untuk mempergiatkan sektor berkenaan serta kempen TMJ 2026.
"Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah EXCO pelancongan.
"Saya dan menteri besar telah berjumpa dengan pemain industri untuk meningkatkan pelancongan perubatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di sini hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ling berkata sasaran utama pelancong kesihatan adalah dari Indonesia, terutamanya Kepulauan Riau.
Beliau berkata menteri besar juga telah melakukan lawatan ke Batam, Indonesia baru-baru ini dan berjumpa dengan pemain industri untuk membincangkan isu-isu yang boleh mempertingkatkan lagi sektor pelancongan kesihatan di negeri ini.
"Mudah-mudahan pada 2026 kita dah siap sedia...kita boleh menawarkan lebih lagi katil bagi mereka yang hendak menjalankan pemeriksaan kesihatan di Johor," katanya.
Terdahulu dalam majlis itu, Onn Hafiz mengumumkan peruntukan RM300,000 kepada persatuan jururawat di negeri Johor, peningkatan berbanding RM200,000 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Onn Hafiz (lima, kiri) bersama Ling Tian Soon (tiga, kiri) ketika merasmikan Karnival Kejururawatan Sempena Sambutan Hari Kejururawatan Peringkat Negeri Johor 2024 hari ini. - Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.

Tahun Melawat Johor: Swasta, NGO dialukan anjur program pelancongan
Pihak swasta dan NGO dialu-alukan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor bagi menganjurkan program pelancongan.