Wisma Putra menasihatkan semua warganegara Malaysia yang berada di Amerika Syarikat dan United Kingdom agar berhati-hati dengan ancaman kempen Punish A Muslim Day yang menggalakkan kekerasan ke atas umat Islam yang didakwa akan diadakan hari ini.
"Kementerian Luar Negeri difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat ancaman ini dan bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya umat Islam diancam.
"Dalam hubungan ini, Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan warganegara Malaysia di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk lebih berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam satu surat yang disebarkan oleh pihak yang sehingga kini belum dapat dipastikan itu, kempen tersebut dikatakan akan memberikan 'poin' kepada mereka yang bertindak kejam seperti mencurah asid penganut agama Islam.
Difahamkan, pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat ancaman ini dan bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya umat Islam diancam.
Warganegara Malaysia di negara berkenaan yang memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan Perwakilan Malaysia.
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu dan organisasi yang menggalakkan kebencian dan berterima kasih di atas keprihatinan pihak berkuasa tempatan dalam menangani ancaman ini.
Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Malaysia di negara berkenaan akan terus memantau ancaman ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan warganegara Malaysia terpelihara.
Astro Awani
Tue Apr 03 2018
Kempen tersebut dikatakan akan memberikan 'poin' kepada mereka yang bertindak kejam seperti mencurah asid penganut agama Islam. - MARIO TAMA / GETTY IMAGES /AFP
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.