Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti awam.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata kementerian itu sedia menimbang kedudukan UEC jika kurikulumnya memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Ketika menjelaskan pendirian kementerian itu untuk terus tidak mengiktiraf UEC, beliau berkata UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Selain standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan standard dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), liputan kurikulum sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga tidak mencukupi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata syarat umum bagi kemasukan ke sesebuah universiti awam ialah lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
Menurut beliau, kementerian itu menyedari tentang wujudnya saranan daripada pelbagai pihak agar UEC diiktiraf sebagai kelayakan sah untuk kemasukan ke universiti awam.
Pada September, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Sarawak akan mengiktiraf UEC dan pemegang sijil itu boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam negeri berkenaan.
Pemegang UEC juga layak mendapat pinjaman kerajaan negeri untuk melanjutkan pengajian, katanya.
Bernama
Sat Nov 07 2015
Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti awam.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
GISB: Tiada pelajar dan petugas IPT terlibat - KPT
KPT turut menunggu keputusan Majlis Raja-Raja berkaitan isu GISB sebelum mengambil langkah seterusnya dalam usaha mengelakkan pembabitan penuntut atau warga kerja dengan GISB.
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.
Silibus pendidikan tinggi mengenai Islamofobia sedang dibangunkan
Kerajaan dalam peringkat awal membangunkan suatu silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi institusi pengajian tinggi.
Osman Bakar dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Tokoh pemikir Islam itu pernah disenaraikan sebagai 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada 2009.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
71,290 lepasan STPM, setaraf ditawar ke Universiti Awam menerusi UPUOnline
Sebanyak 71,290 lepasan STPM dan setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam menerusi sistem UPUOnline tahun ini.
Program TVET akan ditawarkan kepada pelajar luar negara - Ahmad Zahid
TVET kini menjadi asas kepada ekosistem pendidikan baharu dan disebabkan itu, kerajaan bersedia untuk menawarkan latihan di 1,345 institusi TVET di seluruh negara.
Pendidikan perlu ada kesalingan antara sains tulen dan sastera - Zambry
Pendidikan masa kini perlu ada kesalingan antara sains tulen dan nilai-nilai sastera serta kemanusiaan.
KPT lapor polis sindiket jual sijil akademik palsu sekolah, IPT
KPT berikrar untuk terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang.