Kementerian Kesihatan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sekiranya Loji Rawatan Air (LRA) Ayer Ganda di Gerik boleh dibuka atau terus ditutup, sebaliknya ia hanya boleh memberikan respons mengenai air yang dihasilkan sahaja.
"Bukan bidang kuasa kami untuk memutuskan sekiranya loji rawatan air itu harus dibuka, atau terus ditutup. Kami hanya mengatakan bahawa air dari loji itu tidak selamat untuk diminun atau bagi tujuan masakan, namun ia masih boleh digunakan bagi tujuan lain,” kata timbalan menterinya Dr Lee Boon Chye.
Menurutnya Kementerian Kesihatan tidak mempunyai halangan sekiranya LRA Ayer Ganda di Gerik yang ditutup sejak awal bulan lepas dibuka semula, namun bertegas bahawa jika dilaksanakan, ia perlu disertai dengan syarat bahawa air itu tidak boleh digunakan sebagai air minuman atau air untuk kegunaan masakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Hentikan Penderaan Peringkat negeri Perak di Meru, sini hari ini.
TONTON: Bekalan air terjejas di Kampung Air Ganda
LRA Ayer Ganda ditutup sejak 9 April lepas atas arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana dikesan tercemar dengan logam kimia berat iaitu arsenik, dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 26 April lalu menyatakan bahawa Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar memaklumkan pihaknya tidak dapat menarik balik arahan penutupan loji kecuali mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
BACA: Perak mohon buka semula LRA Air Ganda
Dr Lee pada 18 April telah memaklumkan air dari LRA Ayer Ganda boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian dan mandi.
Bagaimanapun, sehari sebelum itu, SPAN yang berperanan sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara menerusi satu kenyataan memberitahu ia tiada perancangan untuk mengembalikan semula operasi LRA Ayer Ganda kerana pencemaran arsenik masih dikesan.
BACA: JMG, SPAN kaji punca pencemaran Sungai Rui, Gerik
Menjelas lanjut, Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata pihaknya telah memaklumkan secara rasmi kepada SPAN minggu lalu bahawa air di loji itu selamat digunakan selain untuk makan dan minum.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019

DR LEE: Bukan bidang kuasa kami untuk memutuskan sekiranya loji rawatan air itu harus dibuka, atau terus ditutup. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.