MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggerakkan Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) sebagai platform mendapatkan maklum balas serta pandangan terhadap Pelan Transisi Kepimpinan Belia di negara ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata ia juga adalah program dua dalam satu iaitu meraikan aktiviti, mempromosi gaya hidup Rakan Muda selain sesi temu rapat bersama pertubuhan belia sempena proses transisi umur belia.
"Kita akan adakan Kembara JOM ini di setiap negeri bermula di Melaka hingga ke Sabah dan Sarawak dan di sana, program ini akan diadakan selama seminggu untuk kita pergi juga ke kawasan pedalaman bertemu komuniti orang muda.
"Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh juga telah menyatakan komitmen untuk kita rapatkan hubungan kementerian bersama orang muda yang merupakan pemegang taruh terbesar supaya kita ada interaksi dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kembara JOM yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Mohd Azhari Mohammad.
Mengulas lanjut, Adam Adli berkata pihaknya menyasar untuk menyelesaikan program itu secepat mungkin bagi menjadikan ia sebagai rumusan dasar yang akan dilaksana selepas ini menerusi input yang diperoleh.
"Selain sesi temu rapat, terdapat reruai seperti Rakan Muda, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta kaunter lain untuk kita ambil pungutan suara dan pendapat mereka supaya kita boleh rumus apakah dasar dan program yang boleh dilakukan.
"Ini juga adalah sebagai hala tuju sebelum diadakan Sambutan Hari Belia Negara dan sebelum Mei, kita harap dapat selesaikan Kembara JOM ini yang akan diatur mengikut kesesuaian masa," katanya sambil menambah Melaka bakal menjadi tuan rumah penganjuran Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan pada 25 Mei depan yang turut diadakan serentak di negeri-negeri lain.
"Sasaran HBN 2024 ini kita letakkan tinggi dengan penyertaan sejuta orang di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata Kembara JOM juga membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas serta pandangan terhadap draf pelan secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS dan ia akan diguna untuk memuktamad pelan yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Adam Adli (kiri) hadir pada Majlis Perasmian Kembara JOM yang disempurnakan Ab Rauf (tengah) di Melaka, semalam. - Foto Facebook Adam Adli

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf
Langkah itu diambil oleh Kerajaan MADANI yang sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif strategik berkaitan belia dan sukan negara.

Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli
Kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 termasuk di Sarawak.

PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.

AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.

Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.

KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.

‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.

Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.