Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata seharusnya tiada kenaikan harga yang berlaku memandangkan cukai 6% GST hanya menggantikan 6% SST.
“Saya kata memang ada GST, sebab dulu topup ada SST. SST 6%, kami tukar, ganti dengan GST 6%. Sepatutnya topup tidak naik harga dan mereka minta sebulan untuk buat kajian, sebulan untuk membuat perubahan dan sebulan itu mestilah sehingga awal bulan lima bukan?
“Kalau RM10.60 mereka boleh beri bonus, jadi RM9.43 ini mereka boleh beri bonus untuk mencukupkan kredit kepada RM10 pun tidak mengapalah. Itu permohonan dan permintaan dalam mesyuarat itu sahaja,” jelas beliau.
Sebelum
BACA: Mustahil untuk kekal harga kad prabayar seperti sebelum GST pada 1 Mei - SKMM
Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan berkata mustahil harga kad prabayar akan kembali ke harga asal sebelum GST pada 1 Mei kerana sukar untuk pihak pembekal untuk melaksanakan pertukaran dalam tempoh dua hari ini.
Beliau juga berkata hasil kajian masih belum didapati lagi dan terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan pada peringkat ini turut menyumbang kepada faktor harga kadbrayar tidak boleh kembali kepada harga asal sebelum GST.
LIHAT INFOGRAFIK PERBEZAAN ANTARA GST DAN SST
BACA: Harga kad prabayar: SKMM mahu dengar pengguna atau telco? -
Dalam pada itu Ahmad Maslan berkata pihak syarikat telco dan SKMM sepatutnya lebih serius dalam mematuhi arahan dengan mengembalikan harga asal kad prabayar itu.
“Pada 2 April, Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam berjumpa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telco dan keputusannya caj yang dikenakan adalah RM10.60 dan akan mendapat RM1.20 bonus.
“Kemudian pada 3 April saya bermesyuarat dengan mereka untuk kembalikan hasrat rakyat yang mahukan ia kembali kepada RM10.
“Pada ketika itu, kabinet juga sedang bermesyuarat dan membuat keputusan, bahawa syarikat telco kena turunkan pada harga asal, selepas campur GST. Masalahnya kenapa SKMM tidak sampaikannya kepada telco? Keputusan kabinet mesti dipatuhilah,” jelas beliau.
BACA : Kekal caj GST: Syarikat telco disaran buat kaji selidik pilihan pengguna
Beliau berkata berikutan perkara itu, ianya telah melihatkan satu ketidakselarasan berlaku.
"Pihak Kastam sudah mengingatkan mereka pada dua hari lepas, namun baru tiba-tiba mereka baru perasan bahawa tinggal lagi dua hari (untuk kembalikan harga asal). Kenapa pula? Walhal sudah ada laporan-laporan akhbar yang melaporkan Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaa) minta harga telko ini kembali kepada RM10."
Tambah beliau, seharusnya pihak SKMM dan syarikat telko seharusnya sudah membuat tindakan selepas pengumuman kabinet itu dibuat pada 3 April.
Ahmad Maslan berkata demikian selepas selesai ditemu bual dalam Agenda AWANI.