KUALA LUMPUR: Pemergian pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yusri Taib pada usia 51 tahun ketika menunaikan solat Isyak secara berjemaah di Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini, malam tadi menjadi bahan perbincangan netizen di laman media sosial.
Dijemput oleh Allah SWT ketika menunaikan solat pada bulan Ramadan adalah kematian yang benar-benar dicemburui, kata rata-rata daripada mereka.
Bahkan, pendakwah, Pahrol Mohamad Juoi yang berada di masjid berkenaan turut berkongsi cerita detik-detik akhir pemergian Allahyarham Yusri yang sedang solat di saf di belakang beliau.
Kat Pahrol, insiden yang berlaku itu bukan kebetulan.
“Tetapi punya tujuan, buat diri saya dan sesiapa sahaja yang berada di masjid itu, di jauh dan dekat. Cukuplah mati itu sebagai peringatan. Mengingati mati ialah zikir yang senyap...” kata Pahrol dalam catatannya di Facebook peribadinya.
Tulisan Pahrol itu menyentuh emosi mendapat maklum balas daripada hampir 3,000 pelayar Facebook selain hantaran berkenaan dikongsi oleh lebih 4,500 orang.
Kata Pahrol dalam hantaran itu, pelbagai perasaan bermain di fikirannya ketika melihat kematian berlaku di hadapan mata.
“Saya terpegun. Sayu. Sedih. Begitu cepat dan tiba-tiba sekali Izrail menjemputnya pulang. Dan alangkah indahnya kematiannya... di rumah Allah, pada malam Ramadan yang barakah, sedang solat, serta sempat mengucapkan nama Allah. Cemburu!” tulis Pahrol lagi.
Sementara itu, memetik laporan portal Utusan Malaysia, Allahyarham Yusri yang berasal dari Melaka
rebah dalam rakaat pertama solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia oleh kumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh.
Kata Utusan Malaysia, Allahyarham bersara daripada TUDM kira-kira sembilan tahun lalu sebelum melibatkan diri dalam perniagaan menjahit kusyen dan bantal yang diusahakan bersama isterinya.
Portal itu yang menemubual abang Allahyarham, Mat Isa Taib berkata, adiknya itu mempunyai
empat orang anak berusia antara 16 hingga 23 tahun.
Jenazah Allahyarham dimandikan di MAN pada kita-kira pukul 8.30 pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah pada pukul 11 pagi.
Astro Awani
Tue Apr 12 2022
Yusri Taib yang berusia 51 tahun meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Isyak pada bulan Ramadan di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi. - Gambar ihsan portal Utusan Malaysia
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
Kematian yang dicemburui, jemaah rebah di rakaat pertama solat Isyak sebelum dijemput Allah
Kematian Yusri Taib ketika menunaikan solat Isyak di Masjid An-Nur, Suajana Utama, Sungai Buloh dicemburui ramai.