KUANTAN: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang warga emas yang didakwa rebah semasa operasi menangkap anjing liar di Taman Saga, Bentong pada Rabu lepas yang tular melalui media sosial, sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Bentong mengesahkan punca kematian lelaki berusia 79 tahun itu adalah akibat respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.
Beliau berkata terdapat dua laporan polis dibuat pada hari kejadian iaitu daripada petugas Majlis Perbandaran Bentong (BPB) berusia 55 tahun dan anak perempuan mangsa berumur 53 tahun yang memaklumkan bapanya telah rebah dan pengsan di depan rumah.
Polis juga selesai merakamkan percakapan petugas MPB itu dan anak mangsa serta beberapa saksi kejadian.
"Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian atau membuat komen tidak wajar melalui media sosial atau membangkitkan isu perkauman," katanya menerusi kenyataan di sini lewat malam tadi.
Zaiham juga memohon saksi yang turut menyaksikan kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 atau balai polis berdekatan.
Pada Rabu, tular dakwaan seorang lelaki maut di Taman Saga semasa dikatakan cuba menghalang kakitangan majlis perbandaran menangkap anjing peliharaannya pada operasi anjing liar di kawasan perumahan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun turut meminta orang ramai untuk menunggu hasil siasatan penuh pihak polis, dengan MPB memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata operasi kendalian Unit Haiwan Liar dan Terbiar, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran yang melibatkan 10 individu termasuk empat kontraktor dilantik MPB dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Zaiham memohon saksi kejadian yang tular di mana seorang lelaki didakwa maut semasa dikatakan cuba menghalang kakitangan majlis perbandaran menjalankan operasi anjing liar, untuk membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Bentong.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak
Gara-gara tersilap tekan minyak, sebuah kereta terlanggar motosikal yang diparkir menyebabkan dinding kaca berdekatan stesen minyak di Taman Cindai Jaya, Sungai Petani runtuh.