KUALA LUMPUR: Golongan populasi berusia 40 tahun dan ke bawah di negara ini yang mengalami Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS), terutama akibat serangan jantung dan strok, semakin meningkat.
Pengasas Pusat Kesejahteraan Heart Bit E-ECP, Dr S. Denesh berkata, ini mungkin disebabkan oleh kejutan terhadap sistem kardiovaskular berpunca daripada peningkatan mendadak aktiviti fizikal selepas tidak melakukannya dalam tempoh yang panjang semasa perintah kawalan pergerakan apabila negara dilanda pandemik COVID-19.
"Aktiviti senaman fizikal dalam kalangan penduduk kita ketika itu amat kurang. Apabila perintah itu ditarik balik, ramai antara kita yang terlalu cepat dan agresif melakukan senaman sehingga menyebabkan kes SADS meningkat.
"Apabila anda tidak melakukan senaman dalam tempoh yang sebegitu lama, ia akan menyebabkan sedikit kejutan terhadap tubuh (jika seseorang itu secara tiba-tiba melakukan senaman secara intensif)," katanya dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV pada Jumaat.
Dr Denesh juga berkata, tahap tekanan yang tinggi, tidur tidak cukup dan sejarah penyakit jantung turut menyumbang kepada faktor berlakunya SADS.
Beliau berkata, simpton SADS dan serangan jantung sukar diketahui kerana ia berlaku dengan pantas dan oleh itu, langkah pencegahan seperti pengubahsuaian gaya hidup dan diet perlu dilakukan.
"Kita juga harus belajar cara untuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana ia boleh meningkatkan kadar survival bagi mereka yang terkena serangan jantung. Adalah penting untuk kita mengenal pasti simptom-simptomnya dan melakukan CPR dengan segera jika seseorang itu tidak bernafas," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Dr Denesh berkata tahap tekanan yang tinggi, tidur tidak cukup dan sejarah penyakit jantung turut menyumbang kepada faktor berlakunya SADS. - Gambar hiasan/pixabay.com
AWANI Ringkas: Kes kematian kucing di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Apa Artinya Aku' - Kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Menurut Yovie Widianto, pemilihan ketiga-tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan kehebatan vokal mereka yang luar biasa.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Dominasi AS di lautan dengan kapal pengangkut pesawat
Selepas 14 tahun, kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, Uss Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada November lepas, bagi tujuan lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing
Sebanyak empat lubang benam (sinkhole) dikesan berlaku di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan setakat ini.
Apple tidak pernah rancang pelan berbayar untuk Apple Intelligence
Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir akan dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batalkan polisi insurans
Kenaikan kos rawatan hospital swasta berpotensi memberi ancaman kepada sistem kesihatan awam sedia ada susulan peralihan golongan pertengahan M40 yang membatalkan polisi insurans akibat kenaikan harga premium insurans.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Pengangkutan awam: Koc wanita diperluas ke laluan Ampang/Sri Petaling
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melaksanakan inisiatif koc wanita di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember 2024.
[TERKINI] Kes CEO GISB, 21 ahli dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Wartawan Astro AWANI melaporkan secara langsung kes 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali yang dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang Oktober lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagaimana diputuskan Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.